CLOSE
CLOSE

TMJ Masih Pandu Kereta Pertamanya Ke Majlis Rasmi, Kereta Kancil Hitam Comel

Kancil is the new Bentley.


  • Share:

TMJ Masih Pandu Kereta Pertamanya Ke Majlis Rasmi, Kereta Kancil Hitam Comel

Lupakan Jaguar, Ferrari mahupun Bentley, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim masih memandu sendiri kereta kancilnya ke majlis-majlis rasmi? YAS.

 

Tular di media sosial apabila video berdurasi 1.47 saat menunjukkan TMJ memandu kereta kancilnya. Terdahulu, TMJ pernah berkongsi cerita dimana kereta kancil berwarna hitam dengan nombor pendaftaran JBL2 itu merupakan kereta pertama yang diberikan oleh ayahandanya, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

 

Tunku menghadiri majlis pembukaan Pejabat Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor yamg terletak di Bangunan Larkin Sentral, Johor Bahru dan sekaligus melancarkan Sistem Online Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor.

 Kereta pertama Tunku.

Video Tunku berangkat pulang daripada majlis dengan diiringi polis pengiring itu sehingga kini telah mendapat hampir 200,000 tontonan dan 4,000 perkongsian di Facebook.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top