CLOSE
CLOSE

“Cuaca Sejuk Melampau, Jari Hampir Dipotong Kerana Frostbite” – Qobin Penjelajah Grand Slam

Respek dengan semangat Qobin yang mengharumkan nama Malaysia.


  • Share:

“Cuaca Sejuk Melampau, Jari Hampir Dipotong Kerana Frostbite” – Qobin Penjelajah Grand Slam
Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia, Qobin mengimbau kembali detik cemas apabila berdepan dengan cuaca sejuk melampau sehingga negatif 30 darjah Celsius ke atas dan menyebabkan jarinya kebas berpanjangan.

Menurut Qobin atau nama sebenarnya Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin memberitahu dia hampir tidak dapat meneruskan ekspidisi kerana jarinya berisiko mengalami reput fros.

“Sepanjang hampir 14 tahun menjelajah banyak pengalaman yang saya tak dapat lupakan antaranya jari hampir terjadi frostbite kerana cuaca terlalu sejuk.
 
“Jari saya juga hampir dipotong kerana cuaca pada ketika itu lebih daripada negatif 30 darjah Celcius.

“Jadi saya hanya dibenarkan duduk di dalam khemah dan guard memberitahu tidak boleh meneruskan perjalanan sekiranya kecederaan saya tidak pulih.

“Pada waktu itu perasaan saya hanya tuhan saja yang tahu. Memang rasa sedikit sedih kerana saya sudah berada sejauh ini menempuh perjalanan yang agak sukar dengan menggunakan bajet sendiri.
 
 

TB 1st day in Union Glasier 20/12/2017...

A post shared by Muqharabbin Mokhtarrudin (@qobin_grandslam) on


“Nak atau tidak saya terpaksa mencari jalan untuk kembali pulih dan tidur awal untuk meneruskan kembali ekspedisi itu,” jelasnya.

Qobin ditemui pada majlis pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan oleh Astro menerusi kempen 'Malaysiaku' baru-baru ini.’

Bercerita mengenai siri penjelajahannya, Qobin memberitahu sangat berpuas hati dengan kejayaannya kerana mampu membanggakan Malaysia.
 

"Setiap orang mempunyai pencapaian dan kejayaan yang berlainan, jadi kita harus berasa bangga dengan diri kita.

"Saya seorang yang suka mengembara dan dengan cara itulah saya dapat mencuba perkara baru.

“Bagi saya setiap penjelajahan yang saya lakukan memang sangat bermakna untuk saya. Antaranya pengalaman mendaki gunung Everest dan juga persiapan dengan menjalani latihan di Mont Blanc, Perancis memang tidak akan saya lupakan.
 
“Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat memberikan motivasi kepada masyarakat Malaysia. Secara jujurnya, saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya lakukan, mengembara dan membawa nama Malaysia benar-benar merupakan inspirasi saya terus bersemangat," ujarnya.

Terdahulu, pada tahun 2004, Qobin dan rakannya Ahmad Reduan Rozali telah berjaya menawan Gunung Everest dengan ketinggian 8848 meter dari paras laut dan kejayaan itu menobatkan diri mereka sebagai pendaki Gunung Everest termuda di Asia Tenggara.

Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, Astro menerusi kempen ‘Malaysiaku telah mengangkat kisah-kisah terbaik Malaysia.
 
 

KE7B North Pole Full Video Part 1 - Part 7 (Part 4)

A post shared by Muqharabbin Mokhtarrudin (@qobin_grandslam) on

Qobin juga merupakan antara anak Malaysia yang turut diberi penghormatan sebagai rakyat yang telah mengharumkan nama negara.

Jangan lupa saksikan program Dari Setinggan Ke Grand Slam pada 31 Ogos ini jam 8.00 malam ini di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Program itu mengisahkan tentang Qobin sebagai penjelajah Grand Slam yang berjaya menakluki tujuh kemuncak tertinggi di dunia berserta kutub utara dan kutub selatan.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top