CLOSE
CLOSE

“Tak Perlu Nak Bercinta Lama. Kalau Sesuai Dan Jodoh Panjang, Terus Kahwin.” – Hafiz Hamidun

Bakal akhiri zaman bujang dengan ibu tunggal.


  • Share:

“Tak Perlu Nak Bercinta Lama. Kalau Sesuai Dan Jodoh Panjang, Terus Kahwin.” – Hafiz Hamidun
Hafiz Hamidun bakal bernikah dengan pilihan hati, Siti Arifah Amin pada 1 Mei nanti. (Kredit Gambar: Instagram Hafiz Hamidun dan Siti Arifah @hafizhamidun dan @joyrevfa)

Menerusi kenyataannya sebelum ini, penyanyi nasyid kontemporari, Hafiz Hamidun tidak kisah andai suatu hari nanti dia dipertemukan dengan wanita berstatus janda atau ibu tunggal sekalipun.

Rojak Daily Kaw! dapat tahu akhirnya jodoh kuat menyatukan diri pelantun lagu Zikir Terapi itu dengan pemilik perniagaan kosmetik berstatus janda anak satu bernama Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Amin.

Hafiz berusia 33 tahun, manakala bakal isterinya sudah 29 tahun dan mempunyai anak lelaki, 3 tahun. Kiranya Hafiz akan jadi papa segera pada 1 Mei hadapan.

(Kredit Gambar: Instagram Hafiz Hamidun dan Siti Arifah @hafizhamidun dan joyrevfa)

"Memang saya pernah keluarkan kenyataan tak kisah andai dipertemukan dengan wanita yang bergelar janda. Ia bukan isu besar.

"Rasulullah SAW pun bernikah dengan wanita status sama bernama Siti Khadijah," katanya.

Secara jelas semua pun mesti tahu, Hafiz sering berdepan dengan kisah cinta yang tak kesampaian. Tapi kali ini nampaknya doa Hafiz di Tanah Suci Makkah tahun lalu dimakbulkan. Alhamdulillah.

"Memang saya tak lepas diuji dengan hubungan yang tak berpenghujung. Tapi hubungan kali ini dengannya macam ada spark sekelip mata.

(Kredit Gambar: Instagram Hafiz Hamidun dan Siti Arifah @hafizhamidun dan joyrevfa)

"Kami bertemu beberapa minggu lalu. Kemudian minggu lalu saya ajaknya kahwin dan dia bersetuju. Keluarga kami pun merestuinya. Inilah yang saya harapkan dalam hubungan.

"Tak perlu nak bercinta lama. Kalau sesuai dan jodoh panjang, terus kahwin. Usia saya pun bukan makin menurun," katanya.

(Kredit Gambar: Instagram Hafiz Hamidun dan Siti Arifah @hafizhamidun dan joyrevfa)

Pada 22 Mac ini akan diadakan sidang media mengenai hari bahagia mereka. Malah kata Hafiz, sidang media itu juga bagai simbolik melangsungkan majlis pertunangan mereka.

Selepas bernikah pada 1 Mei depan di sebuah masjid di Shah Alam, mereka akan diraikan dalam satu majlis persandingan pada 1 Julai nanti ketika musim Syawal.

Ia diikuti majlis bertandang pada 7 Julai, yang berkemungkinan diadakan di Perak.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top