CLOSE
CLOSE

Mudahnya Masak Kupang Sambal Tumis Petai, Confirm Sedap

Apa sahaja hidangan petai, memang on!


  • Share:

Mudahnya Masak Kupang Sambal Tumis Petai, Confirm Sedap

Ada makanan laut segar tapi tak tahu nak masak apa? Sedap juga kalau buat sambal tumis petai kan. Menerusi minggu terakhir RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam, kami akan kongsikan resipi mudah kupang masak sambal tumis petai.

Jumpa lagi musim depan.

Caranya mudah sahaja dan bahan-bahannya pun memang yang sedia ada di dapur anda. Kecuali, petai yang anda kena beli. Namun jumlah petai yang nak diletak dalam masakan terpulang pada anda. Dah sedia?

 

Bahan-bahan:

  • Kupang 
  • Cili Kering (direbus)
  • 1 Labu Bawang Putih
  • 5 Biji Bawang Merah
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • Belacan 
  • Garam
  • Air Asam Jawa
  • Petai

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan dan bawang putih bersama sedikit air.
  3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air.
  4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa.
  5. Tambahkan petai ke dalam masakan dan perasakan dengan garam.
  6. Masukkan bawang besar yang dihiris.
  7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati.
  8. Siap untuk dihidang.
 Menyelerakan!

Cukup 13 minggu kami kongsikan resipi-resipi enak dari program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam. Harap anda telah mencuba masakan yang mereka sediakan dan semoga jumpa lagi musim hadapan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top