CLOSE
CLOSE

Cuba Buat Asam Pedas Ikan Jenahak, Lazatnya!

Asam pedas dan telur masin, kombo sempurna.


  • Share:

Cuba Buat Asam Pedas Ikan Jenahak, Lazatnya!

Masakan kampung mana yang tak membangkitkan selera? Dapat menu berkuah bersama nasi panas, kenyang perut suka hati.

Apa resipi best mereka minggu ini?

Minggu ini bersama Aunty Aini dan Adam Didam, mereka mengajar kita untuk masak Asam Pedas Ikan Jenahak. Tak payah banyak menu kalau masak asam pedas, cukuplah ada sejenis sayur dan telur masin untuk dinikmati bersama.

 

Bahan-bahan:

  • 20 biji cili kering (direbus)
  • 2 inci lengkuas
  • 4 batang serai
  • 5 biji buah keras
  • 2 inci kunyit
  •  2 inci belacan
  • Asam jawa
  • 6 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • Daun limau purut
  • 1 ekor ikan jenahak
  • 10 batang bendi
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Buah keras 

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak.
  2. Kisar serai, lengkuas, belacan, daun limau purut, cili kering rebus, buah keras, bawang merah, bawang putih dan kunyit bersama air.
  3. Tumis serai dalam minyak panas kemudian masukkan bahan kisar.
  4. Masukkan sedikit air dan didih hingga air mengering. Tambah air lagi, dan ulang proses yang sama selama 3 kali sehingga cili masak.
  5. Masuk air asam jawa dan tambahkan air mengikut kepekatan kuah.
  6. Setelah kuah menggelegak, taburkan garam secukup rasa.
  7. Kemudian masukkan ikan, bunga kantan, dan biarkan mendidih sehingga ikan masak.
  8. Setelah mendidih, taburkan daun kesum dan tutup api.
  9. Siap untuk dihidang.
 Meriahnya masakan!

Kalau anda nak cuba menu ini minggu ini, memang inilah masa yang sesuai. Jangan lupa ajak kami. Mahukan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top