CLOSE
CLOSE

Ayam Percik Bukan Menu Bulan Puasa Sahaja, Bila-Bila Masa Pun Boleh!

Puas hati kalau dapat buat sendiri.


  • Share:

Ayam Percik Bukan Menu Bulan Puasa Sahaja, Bila-Bila Masa Pun Boleh!
Foto: RASA

Pergh, enaknya hidangan ayam percik! Selalunya menu ini mudah didapati ketika bulan puasa ataupun di restoran dari Kelantan.

 

Ada yang kata nak masak ayam percik ni payah? Apa kata kali ini anda cuba resipi ayam percik daripada Aunty Aini dan Adam Didam. Mereka berdua ada rahsia untuk resipi ayam percik yang mudah.

 Aunty Aini dan Adam Didam.

Mari kita cuba.

 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong 8
  • 6 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 10 biji cili padi
  • 2 inci kunyit
  • 1 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1kg santan
  • ½ sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara memasak:

  1. Tumis kering jintan manis, jintan putih dan biji ketumbar.
  2. Kisar bahan tumis kering bersama serai, kunyit, lengkuas, cili padi, serbuk lada hitam, bawang putih, bawang merah dan sedikit air.
  3. Panaskan minyak masak, dan tumis bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan santan apabila bahan tumis telah kering.
  5. Perasakan dengan garam dan asam keping.
  6. Masukkan ayam ke dalam periuk, dan masak ayam sehingga 70% masak selama 15 minit.
  7. Keluarkan ayam dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
  8. Bakar ayam atas rak jaring dan dibawahnya diletakkan dulang pembakar berisi air selama 30minit.
  9. Terus masak kuah sehingga pekat dan naik minyak.
  10. Sapu ayam dengan kuah yang dimasak selang 10 minit secara bergilir.
  11. Hidang ayam bersama kuah yang telah dimasak.
  12. Siap untuk dihidang.
 Amboi, sedapnya!

Tak buat sendiri memang tak tahulah susah atau senang. Dapat pula masak sendiri, bila makan tambah puas hati. Kalau anda inginkan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top