CLOSE
CLOSE

Kaki Makan Pedas Wajib Cuba Resipi Jalapeno Berbalut Daging

Di dalam keju, di luar daging.


  • Share:

Kaki Makan Pedas Wajib Cuba Resipi Jalapeno Berbalut Daging
Foto: RASA

Resipi minggu ini, apa kata kita terjah masakan ala antarabangsa untuk hidangan santai? Macam enak je lada disumbat keju dan bersalut daging atau namanya Jalapeno berbalut daging.

 

Pasti rasa pedas cili akan diseimbangkan dengan rasa lemak keju dan empuknya daging. Bagi yang gemar makan pedas dan tak takut cili Jalapeno, kami rasa anda patut cuba masakan ini. Nak tahu cara membuatnya?

 Wow, nampak menyelerakan.

Bahan-bahan

  • Keju mozarella
  • 10 biji jalapeno
  • 1/2kg daging cincang
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Garam
  • Cili merah
  • Telur ayam besar
  • Daun ketumbar
  • Daun bawang
  • Minyak masak
  • Roti 
  • Susu

Cara memasak

  1. Sumbat cili Jalapeno yang telah dibuang bji dengan keju.
  2. Kisar bawang merah, daun ketumbar, daun bawang.
  3. Campurkan bahan kisar dengan daging cincang, telur dan roti yang telah dibuang kulit, direndam susu dan diperah.
  4. Gaul rata bahan-bahan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  5. Balut jalapeno dengan daging yang telah digaul rata.
  6. Bakar selama 1 jam pada suhu 180-200’C.
  7. Siap untuk dihidang.
 

Amboi, menariknya menu masakan Aunty Aini dan Adam Didam minggu ini. Apa lagi resipi yang akan disediakan minggu depan? Jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top