CLOSE
CLOSE

Bebola Daging Pedas Thai Pembangkit Selera

Tak perlu bersesak ke Hat Yai!


  • Share:

Bebola Daging Pedas Thai Pembangkit Selera
Foto: RASA

Agak-agak dah jemu dengan masakan Malaysia, apa kata kali ini kita terbang ke negara Thailand untuk mencuba masakan bebola daging yang sangat terkenal di negara itu.

  Aunty Aini dan Adam Didam.

Tak perlu lagilah anda bersesak-sesak ke Hat Yai untuk menikmati masakan Thai. Cara-caranya juga mudah.

Bahan-bahan

  • 500g daging cincang
  • ¾ cawan serbuk roti panko
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 3 ulas bawang putih (Dicincang)
  • 1 sudu kecil halia (Dicincang)
  • 3 biji cili merah (Dicincang)
  • 3 helai daun limau purut (Dihiris)
  • ¼ cawan ketumbar (Dihiris)
  • 1 sudu kecil gula perang
  • 1 sudu kecil serai (Diracik)
  • Spray minyak

Cara memasak:

  1. Gaul rata daging cincang, gula perang, daun ketumbar, daun limau purut, cili, sos ikan, serai, halia, bawang putih, serbuk roti dan telur.
  2. Minyakkan dulang pembakar untuk mengelakkan daging melekat.
  3. Bulatkan daging cincang seperti bebola kecil dan letakkan atas dulang pembakar.
  4. Bakar selama 20minit pada suhu 180-200’C.
  5. Siap untuk dihidang.
  Sedapnyaaaa!

Menariknya menu bebola daging pedas Thai untuk dihidangkan bersama ahli keluarga. Kalau anda inginkan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top