Rojak Daily Logo
Back to top

Kecaman Level 10000000x, Mr Cute Sabah Buat Laporan Polis!

Netizen Malaysia memang tidak 'cute'.

0
comments
Kecaman Level 10000000x, Mr Cute Sabah Buat Laporan Polis!
Amacam cute ke tak? (Gambar: FB Mr Cute 2018)
Beberapa hari lalu gambar senarai peserta Mr Cute Sabah 2018 telah tersebar meluas di media sosial.

Walau bagaimanapun respon daripada netizen tidaklah berapa ‘cute' untuk dibaca hingga adakalanya mendatangkan rasa tidak keselesaan dalam kalangan peserta dan pihak penganjur.

Hal ini kemudian menjadi bertambah serius apabila pihak pengurus Mr Cute 2018 ini dikatakan telah membuat laporan polis berhubung kes tersebut.


Pihak penganjur menerusi Mstar menjelaskan mereka telah membuat laporan polis ke atas beberapa individu yang membuat kenyataan berniat jahat seperti menyamakan acara tersebut seperti sampah.

Selain itu terdapat juga dakwaan mengatakan penganjur mengaut keuntungan dengan harga tiket serta menghina pemakaian rantai tradisi salah seorang peserta.

Jadi bagi mereka yang telah menghina kesemua Mr Cute ini berhati-hatilah. Terlajak perahu boleh diudur, telajak komen badan binasa.

Anda boleh lihat segala kecaman di social media anda sendiri kerana kami tidak sanggup untuk meletakkannya dalam artikel ini. Rakyat Malaysia memang master dalam hal begini.


Acara kemuncak Mr Cute 2018 akan berlangsung pada 10 November depan di Grand Ballroom, The Klagan Regency 1Borneo, Sabah.
 
 
Comments