Rojak Daily Logo
Back to top

Semua Pulau Peranginan Di Terengganu Ditutup Lima Bulan

Jom ke luar negara hujung tahun?

0
comments
Semua Pulau Peranginan Di Terengganu Ditutup Lima Bulan
Foto: beautifulterengganu.com

Akibat persediaan menghadapi musim tengkujuh, semua resort dan chalet di pulau peranginan sekitar Terengganu dijangka akan ditutup kepada pelancong.

 

Tidak beroperasi bermula Oktober sehingga Februari 2019, kerajaan negeri Terengganu lebih mengutamakan isu keselamatan dan langkah ini dapat menjaga kepentingan pelancong serta pulau peranginan itu sendiri.

 Keindahan Pulau Perhentian.

Semua pelancong diminta untuk peka akan penutupan pulau-pulau peranginan ini untuk mengelakkan sebarang kekecewaan.

 

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman di Astro Awani, isu keselamatan pelancong di pulau-pulau peranginan dipandang serius terutamanya di Pulau Perhentian selepas beberapa insiden kecurian dilaporkan.

 Ditutup bermula Oktober sehingga Februari.

Beliau juga mencadangkan bahawa pengusaha resort dan chalet boleh menggunakan peluang lima bulan penutupan ini untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaran serta menaik taraf penginapan mereka.

 
 
Comments