Rojak Daily Logo
Back to top

Ngauman Jersi Terbaru Skuad Kebangsaan!

Rekaan minimalis, namun tetap mengancam.

0
comments
Ngauman Jersi Terbaru Skuad Kebangsaan!
Kombinasi warna dan corak jersi ni memang nice!
Tidak lama lagi Piala AFF Suzuki akan bermula dan pastinya peminat bola sepak negara tidak ketinggalan memberikan semangat kepada pasukan kebangsaan ini.

Namun pada sama, tahukah anda Nike juga telah memperkenalkan jersi terbaru untuk Harimau Malaya? 

ELEMEN HARIMAU MALAYA

Grafik belang harimau ditampilkan menerusi jersi ini.
Bagi versi ‘home’, jersi ini menampilkan warna kuning dengan eleman grafik belang harimau berwarna hitam pudar. 

Bahagian depan jersi pula tertera logo 'swoosh' Nike dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Biarpun nampak 'simple' dan minimalis, jersi ini tetap ‘garang’.

KIBARAN JALUR GEMILANG PADA JERSI

Elemen warna Jalur Gemilang!
Bagi jersi ‘away’ pula, ia menggabungkan warna biru dan merah, sekali gus melambangkan jalur gemilang kita.

Tiada corak lain selain logo Nike dan logo FAM. Hanya warnanya saja yang membuatkan jersi ini cukup menyerlah. 

Bagi melengkapkan kit ini, terdapat seluar putih dan stoking biru untuk disarung oleh skuad negara.

Untuk anda yang mahukan jersi, ia akan mula dijual pada September ini.

Nike Harimau Malaya 2016-2018.
Sebagai perbandingan, anda boleh lihat jersi skuad kebangsaan untuk 2016-2018 daripada Nike.

Jersi 'home' dengan warna utama hitam dan jersi 'away' dengan warna utama putih digunakan skuad Harimau Malaysia pada kejohanan Piala Suzuki AFF 2016.
 
 
Comments