Rojak Daily Logo
Back to top

Baju Melayu Sarung Nangka 'Sold Out'

Walaupun dikecam, baju raya ini tetap laris.

0
comments
Baju Melayu Sarung Nangka 'Sold Out'
Baju sendat tular! (Gambar: Amir Kadir Design)
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sepasang baju melayu yang menjadi kecaman terbaru netizen.

Apa yang membuat baju terbabit dikecam adalah kerana potongan saiz bajunya yang sungguh ‘fit’ hingga menyebabkan ia kelihatan seakan sendat.

Ia sekali gus menjadi modal buat netizen ‘membawang’ mengenai gaya baju terbabit.

Antara kecaman pedas dilontarkan netizen adalah ia kelihatan seperti sarung nangka dan ‘Swimsuit’. Tidak kurang juga yang mendakwa pereka berkenaan cuba mempermainkan baju tradisional melayu.

Bagi mengelak tuduhan dan kecaman melulu netizen, pereka baju terbabit Amir Kadir tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya.

Menurut Amir, baju terbabit sebenarnya tidaklah sendat seperti yang dilihat di Instagram terbabit, sebaliknya bentuk badan model yang agak ‘sado’ menjadikan ia kelihatan begitu fit.

Seluar yang kelihatan juga disebabkan pemakaian pin dipakaikan pada bahagian belakang betis model lelaki berkenaan.

Bagi menyakinkan netizen mengenai ‘cutting’ baju raya terbabit, Amir turut memuat naik beberapa keping gambar lain sebagai perbandingan.Nampak gayanya kali baju raya sekali menjadi mangsa kecaman netizen.
 
 

Baju viral dah sold out tq my dear customers!! All bawangs tq jugak tau

A post shared by Amir Kadir (@amirkadirdesign) on


Apapun, baju terbabit telah pun ‘sold out’ selepas mula dijual 20 Mei lalu. Baju 'sarung nangka' itu dijual pada harga RM299.
 
 
Comments