Rojak Daily Logo
Back to top

Mati Setiap 6 Saat, Pendedahan WHO Ini Bakal Menginsafkan Perokok

Jumlah kematian semakin meningkat setiap tahun.

0
comments
Mati Setiap 6 Saat, Pendedahan WHO Ini Bakal Menginsafkan Perokok
Adakah anda perokok tegar? Jika ya, anda patut bimbang daripada sekarang. (Gambar: Los Angeles Times)
Boleh dikatakan hampir seluruh lelaki di dunia ini merokok. Jika tidak sekali pun, ia mungkin hanya sebilangan saja daripada jumlah manusia di dunia ini.

Namun tahukah anda jumlah terbabit dilihat semakin meningkat saban tahun? Malah statistik dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mungkin akan mengejutkan anda!

Menurut WHO, statistik terbaru dikeluarkan mereka mendapati tujuh juta manusia mati setiap tahun akibat rokok. Jumlah ini merangkumi bukan hanya perokok, malah mereka yang menghidu asap rokok.

Setiap minit perokok menghisap hampir 11 juta rokok dan akibatnya, 10 daripada jumlah itu dikesan mati. Jika jumlah ini dikecilkan, tabiat merokok dipercayai boleh menyebabkan kematian setiap enam saat!

TELAH PUN MENCAPAI 1 BILION KEMATIAN

Antara kesan daripada merokok.
Selain daripada jumlah itu, WHO turut menyatakan angka kematian sepanjang abad ke-21 telah pun mencecah 1 bilion. Satu jumlah yang amat tinggi.

Jika dikira mengikut negara, China direkodkan sebagai perokok tertinggi dengan jumlah 1.3 juta perokok. Begitu juga Indonesia mencatatkan 76 peratus perokok lelaki berusia 15 tahun.

Satu lagi fakta menarik mengenai perokok di dunia ini juga adalah 80 peratus terdiri daripada negara berpendapatan rendah dan sederhana. Selain itu 226 juta daripadanya pula dianggap miskin. 

Berdasarkan jumlah ini, adakah anda masih mahu merokok? Tepuk dada tanyalah selera.
 
 
Comments