Rojak Daily Logo
Back to top

Jangan Terkejut Kalau Raja Wakanda Datang Beraya

Kurta paling popular tahun ini.

0
comments
Jangan Terkejut Kalau Raja Wakanda Datang Beraya
Pastikan raya anda sesegak Raja Wakanda! (Gambar: Hollywood Reporter/Butik Souq)
Nampak gayanya filem Black Panther memang memberi impak kepada penonton khususnya di Malaysia. Mana tidaknya, gaya pakaian dipakai oleh Raja Wakanda iaitu T’Challa hangat diperkatakan.

Gabungan warna hitam dengan corak etnik putih pada bahagian tengah kelihatan sangat menarik. Malah ia diramal sebagai baju raya (kurta) paling ‘lit’ tahun ini.

Namun, jika anda tertanya dimanakah untuk mendapatkan kurta terbabit, kini kita sudah mempunyai jawapannya.

RAJA T’CHALLA JADI REBUTAN

Corak dan warna hampir sama!
Sebuah butik atas talian dikenali sebagai Batik Souq telah pun melancarkan koleksi terbabit bersama pakaian kurta premium yang lain.

Kurta itu dijual pada harga RM159 dan terdapat juga pilihan corak yang lain jika anda tidak meminati filem Black Panther.

Melihat perincian corak, boleh dikatakan ia hampir sama dengan pakaian dipakai T’Challa dalam filem terbitan Marvel Studio itu.

Jadi, kalau nak jadi sesegak T’Challa pada hari lebaran, pastikan kurta Wakanda ini jadi pilihan utama!

Anda boleh rujuk Facebook Batik Souq untuk maklumat lanjut.
 
 
Comments