Rojak Daily Logo
Back to top

6 Perkara Paling Berbaloi Jika Ke Karnival 2018 Astro Karangkraf!

Bermula Jumaat hingga Ahad ini.

0
comments
6 Perkara Paling Berbaloi Jika Ke Karnival 2018 Astro Karangkraf!
Banyak aktiviti best, jangan lupa temu janji kita bermula Jumaat ini! (Gambar: Astro)
Buat julung kalinya, Karnival 2018 Astro x Karangkraf dianjurkan pada bulan Ramadan yang penuh mulia ini! 

Penganjuran secara eksklusif yang bertempat di Bangunan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam bakal diadakan pada 1 (Jumaat) hingga 3 Jun (Ahad) bermula jam 2 petang sampai 2 pagi.

Jika ada yang tertanya-tanya apakah yang menarik mengenai karnival ini, kami senaraikan 6 perkara anda patut tahu dan wajib sertai mengenai Karnival 2018 Astro x Karangkraf.

#1 TAZKIRAH MALAM JUMAAT SECARA ‘LIVE’

Kalau anda nak tahu, ini adalah penganjuran pertama karnival ini yang dilakukan pada bulan Ramadan. 

Bagi mengambil peluang Ramadan yang penuh barakah ini, pastinya banyak aktiviti kerohanian disediakan. Ia termasuklah tazkirah secara langsung dan tips sempena Ramadan.

Selain itu, terdapat jug persembahan juara Gema Gegar Vaganza ke-2. Fitri Haris dan aacara sambutan Aidilfitri bersama Pok Ya.

#2 GELAK SANTAI SEPAHTU

Jangan lepaskan peluang gelak berdekah bersama mereka.
Siapa yang tidak kenal kumpulan lawak nombor satu negara ini. Pasti berdekah dengan lawak spontan mereka.

Kalau anda minat dengan kumpulan Sepahtu dan mahu berjumpa mereka, jangan ketinggalan berjumpa pada Jumaat jam 5.45 petang. Ada Meet & Greet! 

#3 SESI SOALAN BERSAMA MY DOCTORS

Kami ada pakar yang boleh bantu selesaikan masalah anda.
Kalau ada banyak persoalan terbuku di fikiran, bolehlah datang ke karnival ini. 

Tanyalah soalan sebanyak mana yang anda mahu, baik tips kesihatan, mitos atau sebagainya. Pasti barisan doktor dari My Doctors ini boleh bantu.

Ada Dr Say, Dr. Liyana and Dr.Uzair pada hari Sabtu jam 8 malam!

#4 JUMPA PELAKON DRAMA KEGEMARAN

Pelakon drama kegemaran anda.
Apalah maknanya jika berkunjung ke karnival, tetapi tidak berjumpa dengan pelakon kegemaran bukan?

Ha! Kalau minat dengan senarai drama ini, pastikan anda terpacak di karnival ini untuk jumpa sendiri dengan pelakon-pelakon ini.

Antara pelakon daripada drama-drama ‘meletop’ bakal memeriahkan karnival ini adalah Bila Aidil Ada Fitri, Terantung Rindu, Awak Suka Saya Tak, Pokya, Ti Amor dan Rahsia Hati Perempuan.

#5 PENAMPILAN ISTIMEWA ULTRAMAN GEED

Nantikan kemunculannya.
Filemnya baru saja ditayangkan Mac lalu. Disebabkan itu Ultraman Geed boleh dikatakan sebagai Ultraman paling ‘lit’ dan meletop ketika ini.

Buat ibu bapa, rebutlah peluang ini untuk gembirakan anak-anak anda dengan bertemu sendiri dengan adiwira mereka.

Bagi yang kurang gemar Ultraman, terdapat juga Didi & Friends, Omar & Hana, Cheek-E serta Cam & Leon.

#6 GILA BOLA PIALA DUNIA

Tak lama lagi guys! Dapatkan jersi cepat!
Musim piala dunia hampir tiba! Jangan ketinggalan untuk merasai bahang yang paling ditunggu-tunggu.

Jika masih belum ada jersi negara pilihan anda, dapatkan jersi bola anda di gerai Go Shop.

Jika mahukan kelainan, boleh terus ke booth Stadium Astro untuk menikmati pengalaman dunia virtual reality (VR) terbaru.

Tidak ketinggalan, dapatkan juga cenderamata khas Piala Dunia serta baucar Go Shop!

Selain Stadium Astro, dan Go Shop, terdapat juga booth Astro Go, Astro Circle Astro Ceria dan Njoi.

Bermula Jumaat ini jam 2 petang!
Jangan lupa jumpa kami di Karnival 2018 bertempat di Bangunan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam pada 1 sehingga 3 Jun. Program bermula jam 2 petang sampai 2 pagi!
 
 
Comments