Rojak Daily Logo
Back to top

Liat Bayar Cukai Jalan? Ada Berita Baik Untuk Anda

9 juta rakyat Malaysia culas perbaharui cukai jalan dan insuran.

0
comments
Liat Bayar Cukai Jalan? Ada Berita Baik Untuk Anda
Jangan culas sampai ditahan JPJ! (Gambar: Belalang Biru)
Rekod terbaru dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyaksikan 28 juta kenderaan telah didaftar sehingga tahun ini.

Menariknya mengenai jumlah ini, hanya 19 juta pemilik kenderaan saja yang aktif memperbaharui cukai jalan dan insurans.

Ini bermaksud 9 juta pengguna seluruh Malaysia tidak membayar cukai. Jumlah ini bukan sedikit.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Perancangan/Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman mereka yang tidak aktif ini sebenarnya masih memilik kenderaan, namun tidak membayar cukai jalan dan insuran.

PROGRAM PEMUTIHAN

Penambahan jumlah kenderaan tahun demi tahun.
Jelas beliau, sebagai usaha menangani masalah terbabit pihak JPJ telah membuat tawaran pemutihan untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan.

Menerusi program pemutihan sehingga 30 Jun ini, JPJ menawarkan pemilik kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh tidak lebih tiga tahun, dibenarkan memperbaharui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka tanpa perlu melalui proses biasa.

Katanya pendaftaran kenderaan itu boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ negeri di seluruh negara.
 
 
Comments