Rojak Daily Logo
Back to top

Plug-in: Gambar 'Travel' Anda Pasti 'Lit' Dengan Model Terbaru Canon Ini

Model M50 pastinya menarik perhatian 'Vlogger'

0
comments
Plug-in: Gambar 'Travel' Anda Pasti 'Lit' Dengan Model Terbaru Canon Ini
Bukan hanya kompak, malah warna putih ini menjadikan kamera ini sangat 'stylish' untuk dibawa ketika bercuti. (Gambar: Canon)
Sebut saja jenama Canon, pasti anda sudah membayangkan kamera DSLR mereka.
  
Tanyalah penuntut universiti apakah jenama kamera DLSR pertama mereka, rata-ratanya pasti menggunakan Canon.
 
Disebabkan itu jugalah Canon mampu mengekalkan kedudukan mereka sebagai pengeluar ‘interchangeable-lens’ nombor satu  di dunia 15 tahun berturut-turut sejak 2003.
 
Bagi mengukuhkan lagi segmen DLSR ini, Canon melancarkan barisan jentera terbaru bagi 2018 dengan tiga model hebat.
 
Model diperkenalkan adalah M50, EOS 1500D dan EOS 3000D.

MODEL M50 CURI TUMPUAN
 
Tige model terbaru untuk serlahkan sisi fotografi anda.
Jika dilihat pada ketiga-tiga ini tumpuan pastinya kepada EOS M50 yang kelihatan lebih kompak dengan ciri 'mirrorless'.
 
Namun kecil-kecil ini kamera ini, jangan sangka ia tidak berkuasa. Ia mungkin menjadi peneman terbaik anda untuk menyerlahkan sisi fotografi anda.
 
Kamera ini dilengkapi lensa 24.1 Megapixel (MP) menggunakan sensor APS-C CMOS.
 
Apa yang menariknya, penghasilan imej oleh kamera ini turut dibantu dengan cip pemprosesan digelar sebagai DIGIC 8.

Hasil gambar yang diambil menggunakan M50
Dengan keupayaan pemprosesan imej ini, M50 mampu mengambil gambar sebanyak 10 keping dalam hanya satu saat!

Malah ia juga kini hadir dengan saiz video 4K. 

Untuk pengetahuan anda, M50 adalah kamera DSLR pertama mereka yang menyokong video beresolusi 4K.
 
PILIHAN TERBAIK BUAT VLOGGER
 
Kemudahan skrin boleh putar ini pastinya menarik perhatian Vlogger
Jika melihat pada spesifikasi dalamannya, M50 amat menyakinkan. Sama ada anda baru berjinak ataupun sudah lama berkecimpung dalam dunia fotografi, kamera ini memang bersesuaian.
 
Namun apa yang menjadikan kamera ini lebih menyerlah adalah keupayaan skrin boleh larasnya.
 
Skrin ini boleh dipusingkan mengikut kesesuaian dan kehendak anda. Sesuai untuk swafoto dan Vlogging.
 
Kemudahan Wi-Fi, NFC dan Bluetooth juga membolehkan anda memuat turun data terus ke telefon pintar. Senang untuk dimuat naik ke Facebook, Instagram atau YouTube

DUA DSLR UNTUK 'BEGINNER'.
 
Tiga barisan hebat Canon bagi tahun ini.
Selain M50, Canon turut melancarkan dua lagi model DSLR untuk kategori permulaan.
 
Canon EOS 1500D mempunyai  24.1 MP manakala EOS 300D dilengkapi 18MP.

Selain itu, Canon turut melancarkan Speedlite 470EX-AI yang menampilkan teknologi kecerdasan buatan ataupun AI.

Speedlite ini mampu menyelaras kadar dan sudut cahaya mengikut suasana penggambaran.


Bagaimanapun tarikh pemasaran buat Speedlite ini masih belum ditetapkan secara rasmi.
 
Bagi tiga model kamera ini pula anda boleh beli secara terus di kedai Canon berdekatan atau beli secara atas talian menerusi Lazada.
 
Harganya ketiga-tiga model adalah seperti berikut:
  • EOS M50 (body) – RM2,799
  • EOS M50 + EF-M 15-45mm – RM3,199
  • EOS M50 + EF-M 15.45mm + EF-M 55-200mm – RM4,299
  • EOS 1500D + 18-55mm – RM2,349
  • EOS 3000D + 18-55mm – RM1,799
 
 
Comments