Rojak Daily Logo
Back to top

“Saya Dan Hans Akan Sentiasa Menjadi Kawan” – Neelofa

Positif dan percaya ada benda yang lebih baik bakal menyusul.

0
comments
“Saya Dan Hans Akan Sentiasa Menjadi Kawan” – Neelofa
Hanya sebagai kawan. (Pic: Mohamad Bakar)

Dia hanya menguntum senyum saat ditanya mengenai kehidupan sekarang selepas kontroversi baru baru ini menjerut dirinya selepas melancarkan tudung BeLofa dan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 29 tahun di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota.

Bagaimanapun senyum itu tiada kaitan dengan dirinya yang sudah bertemu pengganti.

Malah Neelofa menafikan yang dia dan Hans Isaac kembali menjalinkan hubungan selepas tersebar gambar mereka makan malam bersama di Genting Highlands.

Menonton konsert bersama teman-teman lainnya.

Difahamkan kedua mereka dan teman lain termasuk Elaine Daly terdahulu menonton konsert John Legend di lokasi berkenaan.

“Bagaimana saya nak adakan benda yang tak ada. You tell me.

“Paling utama saya dan Hans akan sentiasa jadi kawan. Apa jadi pun kami tetap kawan baik.

“Dia kawan atau kahwin dengan siapa atau sebaliknya pun, kami tetap akan jadi kawan sampai bila bila,” kata Neelofa yang ditemui Rojak Daily Kaw! di acara membabitkan jenama kosmetik Lancome di pusat beli belah Pavilion hari ini.

"Kami tetap akan menjadi kawan".

Bahkan menurut Neelofa yang pernah menjalinkan cinta empat tahun lalu dengan Hans selepas sama sama membintangi filem Lemak Kampung Santan, mereka akan terus jadi profesional daripada semua sudut.

“Kalau di sudut kerja pun, ia akan boleh terjadi. Ia bukan satu masalah. Saya dan Hans boleh meletakkan batas terhadap itu.

Enggan mengenang perkara yang sudah berlalu.

“Kawan dan keluarga menyaksikan hal itu. Mereka menghormati persahabatan kami,” katanya lagi.

Ditanya mengenai dirinya selepas kontroversi melanda dirinya baru baru ini pengacara MeleTOP itu enggan mengenang lagi apa yang berlaku.

Terus positif dan kuat.

“Alhamdulillah saya gembira dengan diri sendiri dan hidup ini.

“Apa yang jadi, ditulis dan diperkatakan, saya memilih untuk hidup gembira. Saya percaya ada benda yang lebih baik akan datang menyusul.

“Saya kena terus positif dan kekal kuat,” katanya.

 
 
Comments