Rojak Daily Logo
Back to top

Percubaan Pertama Pereka Pelamin Ini Berjaya Cetus Fenomena

Gambar majlis akad nikah terbabit telah mendapat sebanyak 4,000 perkongsian di Facebook.

0
comments
Percubaan Pertama Pereka Pelamin Ini Berjaya Cetus Fenomena
Lari daripada suasana yang biasa, majlis nikah di tepi pantai ini menjadi perbualan netizen. (Gambar miey photograph)
Baru-baru ini, tular beberapa keping gambar pelamin selepas ia dimuat naik oleh Rojak Daily Skop! Sehingga kini ia telah dikongsi lebih 4,000 pengguna.
 
Gambar pelamin itu menjadi perbualan ramai berikutan ia dibina di tepi pantai sekali gus mengubah suasana dan lokasi majlis pernikahan yang sering diadakan oleh masyarakat Melayu.
 
Ada yang mengkritik dan tidak kurang juga yang memuji hasil dekorasi dan pelamin berkenaan.
 
Untuk makluman anda, pelamin dan dekorasi keseluruhan majlis nikah itu dihasilkan oleh Nadia Darina Wedding.
 
Rojak Daily Skop! berkesempatan menemu bual pemilik butik terbabit iaitu Nadira Darina dan ini yang anda perlu tahu mengenai kisah disebalik majlis terbabit.
 
MEMULAKAN PERNIAGAAN 4 TAHUN LALU

Pemilik Nadia Darina Wedding. 
Menurut Nadira, dia memulakan perniagaan butik pelamin itu empat tahun lalu dan ia dilakukan secara kecil-kecilan.
 
Jelasnya, perniagaan itu pada awalnya dilakukan bersama adik beradiknya dan hanya menumpukan pada dekorasi hantaran semata-mata.
 
“Bagaimanapun setahun kemudian barulah kami membuat keputusan untuk cuba hasilkan pelamin.
 
“Percubaan kami juga pada awalnya hanya menggunakan bunga hidup sebelum bertukar kepada bunga plastik,” katanya.
 
PELAMIN TEPI PANTAI PERTAMA

Dekorasi hantara ini juga mendapat pujian ramai. 
Ditanya mengenai pelamin tepi pantai yang tular beberapa hari lalu, Nadia menjelaskan ia merupakan permintaan daripada pasangan pengantin pada saat-saat akhir.
 
Katanya, pengantin memberitahunya untuk menggunakan pelamin berkenaan di tepi pantai iaitu di D'rumoh Pata Kuala Terengganu, dua minggu sebelum tarikh pernikahan.
 
Tema yang diminta pengantin pula adalah putih dan hijau.
 
Jelasnya, ia adalah kali pertama pihaknya mendapat permintaan sedemikian.
 
TERPAKSA GERUDI  BARANG DI  PLATFORM KAYU UNTUK ELAK DITERBANGKAN ANGIN
 
Kecantikan pelamin ini menjadi perbualan ramai.
Banyak faktor perlu diambil kira termasuk keadaan cuaca, arah tiupan angin, arah matahari naik untuk kepentingan jurugambar serta kepadatan tanah pantai itu sendiri.
 
“Banyak perkara kami perlu kaji dahulu. Kebanyakan masa persiapan dihabiskan untuk meneliti ramalan cuaca pada tarikh dan masa pernikahan. Perkara ini amat penting,

“Selain itu, kami juga perlu memastikan pelamin dan platform dekorasi kukuh dan kuat apabila ditiup angin. Silap langkah, boleh terbang semua perhiasan,” katanya.
 
Menurut Nadia, dia juga terpaksa menggerudi sebahagian barangannya di platform kayu supaya tidak diterbangkan angin.
 
Kaedah berkenaan terpaksa digunakan berikutan tanah pantai yang berpasir dan lembut. 
 
DIHUJANI PULUHAN WHATSAPP DAN FACEBOOK MESSENGER
 
Pemandangan ketika waktu malam juga mempersonakan!
Menurut Nadia, dia berpuas hati kerana majlis pernikahan berkenaan berlangsung dengan lancar tanpa sebarang perkara tidak dingini.
 
Malah, dia juga tidak menyangka gambar majlis terbabit tular di media sosial hingga dikongsi ribuan pengguna.
 
Sejak daripada itu juga dia ‘dihujani’ puluhan pertanyaan daripada orang ramai mengenai pakej pelamin terbabit.
 
“Saya bersyukur dan tidak sangka percubaan pertama ini menjadi.” katanya.

TOLAK DAKWAAN MENGANGKAT BUDAYA BARAT
 
Antara tetamu yang hadir pada majlis nikah terbabit.
Seperti biasa, tidak semua perkara itu disukai ramai khususnya apabila berbicara mengenai netizen di media sosial.
 
Di sebalik pujian yang diterima itu, terselit juga beberapa pandangan netizen yang menganggap majlis pernikahan di tepi pantas seperti meniru budaya barat.
 
Menurut Nadia, isu itu sebenarnya tidak menjadi masalah selagi pengantin dan keluarga tahun mengenai batas dan hukum agama.
 
Majlis diadakan langsung tidak mengikut budaya barat dan hanya membabitkan majlis pernikahan saja.
 
Malah sebelum pengantin membuat keputusan untuk memilih lokasi terbabit, mereka telah pun meminta izin dan pendapat ibu mereka sendiri.
 
“Saya rasa apa yang lebih penting adalah restu ibu bapa,” katanya.

Menerima puluhan mesej selepas gambar pelamin di tepi pantai itu tular.
 
Menurut Nadia, majlis berkenaan dianggap sebahagian detik manis buat butik perkahwinannya memandangkan majlis terbabit adalah yang pertama dilakukan di lokasi terbabit.
 
“Sebenarnya banyak lokasi yang cantik-cantik di Terengganu yang ramai lagi tidak tahu,” katanya.
 
Untuk anda yang ingin melihat lebih banyak jenis pelamin disediakan wanita ini, boleh terus lihat di Facebook Nadia Darina.
 
 
Comments