Rojak Daily Logo
Back to top

Basikal Untuk Ditunggang, Bukan Dicampak - AirAsia Mohon Maaf Insiden Patahkan Basikal Penumpang

AirAsia akan bertanggungjawab sepenuhnya.

0
comments
Basikal Untuk Ditunggang, Bukan Dicampak - AirAsia Mohon Maaf Insiden Patahkan Basikal Penumpang
Foto: Facebook Tony Fernandes & Twitter AirAsia

Semalam tular di media sosial apabila seorang penumpang pesawat AirAsia AK171 dari Kaohsiung ke Kuala Lumpur berkongsi sebuah video pengendalian bagasi yang mencampak basikalnya ke tanah sehingga menyebabkan basikalnya patah.

 

Status wanita dengan nama Facebooknya, Fen Lim itu telah mendapat hampir 13,000 perkongsian sekaligus menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

Kenyataan Tan Sri Tony Fernandes menerusi Facebooknya.

Menerusi laman Facebooknya, Tan Sri Tony Fernandes berasa kesal dan kecewa dengan insiden yang berlaku. Menurutnya, beliau meminta maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya atas kerugian yang dialami oleh penunggang basikal terbabit. Beliau turut mengarahkan Ketua Pegawai Operasi AirAsia, Riad Asmat untuk mengambil tindakan seterusnya.

 

Malah di laman Twitter rasmi AirAsia, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Riad Asmat turut menluahkan rasa kesalnya dan memohon maaf di atas kejadian malang tersebut. Menurutnya. selaku seorang yang turut menunggang basikal, dia turut terganggu dengan cara penggendalian bagasi kakitangan AirAsia. Hal seperti ini dipandang serius dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada semua pihak dan tidak akan berlaku lagi.

 
 
Comments