Rojak Daily Logo
Back to top

Aplikasi Ini Mungkin Mencuri Data Dan Maklumat Akaun ASB Anda!

Jika anda pernah menggunakan aplikasi ini, anda harus buat laporan kepada pihak ASNB.

0
comments
Aplikasi Ini Mungkin Mencuri Data Dan Maklumat Akaun ASB Anda!
Awas jika anda telah memasukkan segala data dan kata laluan anda. (Gambar: Majalah Libur/Fortune)
Pelbagai cara dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk menjerut mangsa bagi mengaut keuntungan 'atas angin'.
 
Jika dulu, penjenayah atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ ini bergiat aktif menerusi panggilan telefon, namun kini mereka dilihat lebih tertumpu kepada aplikasi telefon pintar.

APLIKASI PALSU GUGAT KESELAMATAN AKAUN PENGGUNA

Biarpun aplikasi ini telah dibuang daripada Play Store, namun masih ramai yang telah memuat turun.
Modus operandi seperti ini terbongkar apabila Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengenal pasti satu aplikasi palsu yang cuba menggunakan nama mereka.
 
Aplikasi ini dibangunkan menggunakan nama dan logo Amanah Saham Bumiputera (ASB).
 
Sekali pandang memang kelihatan seperti aplikasi rasmi daripada pihak ASNB.
 
Bagaimanapun Pengurus ASB menerusi kenyataan media berkata, aplikasi berkenaan menyalahgunakan nama dan logo ASB iaitu satu daripada tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB. 
 
Jelasnya, aplikasi berkenaan mempunyai fungsi untuk semakan informasi ASB, ASNB dan PNB.
 
“Pihak ASNB mengenal pasti terdapat aplikasi Internet di Google Play Store menggunakan nama ASB, PNB, ASNB dan ASB Kalkulator.
 
“Bagaimanapun pihak PNB tidak mempunyai pengetahuan dan tidak pernah terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan aplikasi berkenaan selain logo PNB, ASB dan ASNB yang tertera di laman aplikasi itu di Google Play Store juga digunakan tanpa kebenaran,” katanya.

LAPOR JIKA PERNAH MENGGUNAKAN APLIKASI TERBABIT

Nyah pasang aplikasi ini jika anda telah memuat turu ke dalam peranti anda.
Sebagai langkah berjaga-jaga pihak ASNB turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati.
 
Ini kerana kandungan dinyatakan dalam aplikasi berkenaan tidak diiktiraf dan ia beroperasi tanpa pengetahuan serta kebenaran pihak ASNB.
 
Malah pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada maklumat atau kenyataan di dalam aplikasi berkenaan,
 
Jika anda mempunyai pengetahuan mengenai pengendalian aplikasi berkenaan atau mengenai pengendali diminta menghubungi ASNB di talian 03-20573000.
 
Bagi pembaca Rojak Daily Skop! Kami nasihatkan supaya anda ‘uninstall’ aplikasi terbabit kerana dikhuatiri akan mencuri segala maklumat keselamatan termasuk kata laluan akaun ASB anda.
 
 
Comments