Rojak Daily Logo
Back to top

Kami Sahut Cabaran ‘Ugly Background Challenge’, Ini Hasilnya!

Kebanyakan lokasi penggambaran hanyalah di sekitar tempat kerja.

0
comments
Kami Sahut Cabaran ‘Ugly Background Challenge’, Ini Hasilnya!
Kami buktikan yang latar belakang biasa dan buruk pun boleh menghasilkan imej gambar yang menarik. (Gambar: Rojak Daily Skop!)
Baru-baru ini muncul terma baru generasi muda iaitu ‘Insta Worthy’ yang merujuk kepada kawasan atau pemandangan yang amat sesuai untuk dimuat naik dan dikongsikan di Instagram.
 
Selain subjek menarik, latar belakang dan pemandangan yang cantik turut menyumbang kepada hasil imej yang menakjubkan.
 
Selain itu, suntingan juga memain peranan dalam menyerlahkan lagi warna imej.

Jika suntingannya tepat, pasti ramai keliru sama ada ia digunakan kamera daripada telefon pintar atau kamera digital lensa tunggal refleks (DSLR).
 
Memang benar sesuatu gambar itu perlu mendapat sedikit suntingan bagi menyerlahkan lagi ton warna.
 
Namun, apa yang lebih penting adalah teknik penggambaran itu sendiri bagi menjadikan subjek kelihatan lebih ‘outstanding’.
 
Malah, pemandangan serta senario yang buruk juga sebenarnya mampu dicantikkan jika kena gaya!
 
Rojak Daily Skop! menyahut cabaran ‘Ugly Background Challenge’ dengan mengambil gambar di kawasan yang tidak cantik bagi membuktikan imej menarik boleh dihasilkan.
 
1. LATAR BELAKANG FLORA DAN FAUNA
 
Bermain dengan efek bokeh boleh memberi kesan seperti profesional.
Untuk gambar pertama, kami memilih kawasan yang berlatarbelakangkan warna hijau.
 
Kami mencari kawasan yang mempunyai banyak pokok hijau dan pada masa sama mempunyai kadar cahaya mencukupi.
 
Bagi penggambaran ini, cahaya memainkan peranan yang amat penting. Cahaya yang cukup mampu menyerlahkan kecantikan subjek dengan ton warna yang asli.
 
Malah, jika telefon pintar anda mempunyai fungsi 'bokeh', maka ia adalah bonus buat anda untuk bermain dengan fokus lensa.

2. BAYANG-BAYANG JUGA BOLEH MEMBANTU

Kesan bayang-bayang pada dawai ini juga menarik.

 Cabaran kedua adalah di kawasan gelanggang bola jaring.
 
Di sekeliling kawasan ini mempunyai pagar dawai dan kebetulan terdapat satu bahagian yang telah terbuka di bawahnya.
 
Bayang dawai ini menghasilkan corak yang agak menarik dan warna tapak gelanggang juga mampu menyerlahkan subjek.
 
Apa yang anda perlu hanya menambah kontras kepada gambar jika warna terlalu pudar. Efek corak akan menyerlahkan imej berkenaan.
 
Siapa kata bayang-bayang tidak ada fungsi!

3. DAWAI PAGAR SERBA BOLEH
 
Dekatkan lensa untuk kaburkan objek hadapan dan fokus kepada subjek belakang.
Untuk imej ini kami bermain dengan fokus. Lensa akan fokus kepada subjek manakala dawai akan dikaburkan.
 
Untuk gaya ini jika subjek pandai bergaya, ia adalah satu bonus. Selain itu sumber cahaya juga penting kerana ia akan menaikkan lagi ton warna model.
 
Dengan sedikit suntingan pada bahagian kontras dan bayang pada imej ini, hasilnya lebih menarik dan meyakinkan.

Tidak perlu pergi jauh-jauh untuk menghasilkan imej menarik. 

4. PERGERAKAN DALAM GAMBAR

Gaya menatik boleh membuatkan imej belakang tenggelam.
Siapa tidak gemar gambar lompat bukan? Gaya seperti ini bukan hanya nampak lebih cool, malah turut mencetuskan elemen pergerakan.
 
Lokasi yang digunakan berdekatan dengan kontena ini. Tambah menarik ia mempunyai warna hijau.

Dengan subjek yang mempunyai ton warna lebih cerah dan pakaian hitamnya. Gambar yang diambil begitu kontras sekali gus membolehkan perhatian lebih tertumpu kepada subjek.

Suntingan warna boleh dilakukan tetapi jangan terlalu berlebih-lebih.

Ini hanya sebahagian cabaran yang dilakukan oleh kami di sekitar kawasan kerja, anda boleh melihatnya lagi menerusi akaun Facebook dan Instagram kami.

Dalam mendapatkan hasil yang lebih hebat, kesemua gambar ini diambil menggunakan Google Pixel 2 dan disunting menggunakan aplikasi VSCO cam.
 
 
 
Comments