Rojak Daily Logo
Back to top

Pelajar Malaysia Paling Tenang Ketika Peperiksaan! Adakah Ia Perkara Baik Atau Masalah Besar?

Ironinya, selepas bekerja ramai pula merindui kehidupan ketika bergelar pelajar.

0
comments
Pelajar Malaysia Paling Tenang Ketika Peperiksaan! Adakah Ia Perkara Baik Atau Masalah Besar?
Sejauh mana tahap tekanan dan kebimbangan pelajar Malaysia? (Gambar: Malaysianacces )

Sering kali juga kedengaran rungutan pelajar sekolah dan penuntut universiti yang meluahkan tekanan mereka di media sosial.
 
Menerusi Facebook mahupun Twitter, ada saja yang dibangkitkan mengenai tekanan ketika belajar. 
 
Namun persoalannya, adakah rungutan itu benar-benar dimaksudkan atau hanya sekadar luahan kosong yang dikongsi di media sosial?
 
Adakah pelajar Malaysia menghadapi tekanan yang tinggi apabila membabitkan isu pembelajaran mereka?
 
PELAJAR MALAYSIA JAUH LEBIH TENANG

Waktu peperiksaan adalah waktu paling getir buat pelajar.
Jika anda tertanya-tanya sejauh mana tekanan dihadapi pelajar di Malaysia ketika ini, Keputusan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) Jilid 3 telah pun mendedahkan jawapan berkenaan.
 
Secara umumnya, pelajar Malaysia lebih tenang dan tahap kebimbangan mereka terhadap peperiksaan juga rendah berbanding pelajar Asia lain.
 
Malah, mereka juga lebih gembira berbanding negara lain.
 
Berdasarkan laporan berkenaan, tahap kebimbangan pelajar Malaysia terhadap peperiksaan hanya 67 peratus.
 
Jika dibandingkan dengan negara lain, tahap itu masih antara yang terendah.
 
Macau, Taipei, Hong Kong, Singapura pula antara negara yang melebihi 70 peratus tahap kebimbangannya.
 
Paling tinggi adalah di Jepun iaitu setinggi 78 peratus.
 
TIDAK BIMBANG JUGA MENYUMBANG KEPADA MASALAH

Benarkah rakyat Malaysia tidak bimbang dengan ujian peperiksaan mereka?
Jika dilihat pada situasi ini adakah tahap kebimbangan yang rendah itu menyumbang kepada masalah?
 
Menurut firma kajian berkenaan, dalam kebanyakan negara, pelajar yang mempunyai prestasi pelajaran yang lemah sahaja menunjukkan tahap kebimbangan yang tinggi.
 
Keputusan ujian kebimbangan yang rendah adalah bagus tetapi mereka yang langsung tidak berasa bimbang juga tidak bermaksud ia lebih baik kerana kerisauan menjadi faktor kepada peningkatan prestasi.
 
Ini dapat dilihat apabila beberapa negara di Asia yang cemerlang dalam bidang akademik tetapi memiliki tahap kebimbangan yang tinggi.
 
Jadi jika pelajar tidak bimbang terhadap peperiksaan juga adalah satu masalah besar.
 
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebimbangan ini dan antaranya adalah kerja sekolah.
 
Berdasarkan kerja sekolah diberi, terdapat kemungkinan untuk pelajar mendapat keputusan lemah.

 
 
Comments