Rojak Daily Logo
Back to top

Roti Bakar Pelangi Jadi Kegilaan Penduduk Pulau Pinang Ketika Ini!

Makanan 'hipster' ini pastinya berbaloi untuk tatapan pengikut Instagram anda.

0
comments
Roti Bakar Pelangi Jadi Kegilaan Penduduk Pulau Pinang Ketika Ini!
Tarikan baru di Pulau Pinang. (Gambar: Loaf U)
Idea kreatif kini tidak tertakluk pada barangan semata-mata, makanan unik juga boleh dihasilkan jika menepati kehendak dan cita rasa rakyat di negara ini.

Sebab itulah semakin hari semakin banyak menu makanan ‘hipster’ dicipta untuk tatapan dan selera rakyat Malaysia. 
 
Jika sekarang, Perak tular dengan ais kepal milo meleleh, lain pula ceritanya di Pulau Pinang.

ROTI BAKAR KEJU TUJUH WARNA

 
Pulau Pinang kini seolah dilanda kilauan pelangi apabila sebuah kafe yang banyak menghasilkan makanan berasaskan keju mencipta roti bakar pelangi.
 
Bukan hanya warna pada keju ini dipenuhi dengan warna pelangi, malah jika anda tarik keju pada roti ini, ia akan menampakkan bentuk seakan pelangi!
 
Untuk makluman, kafe ini mempunyai dua cawangan iaitu di Georgetown dan juga Bukit Mertajam dan memang terkenal dengan menu makanan ala barat dan roti bakar.
 
Selain menu roti bakar pelangi, terdapat juga menu yang popular dan mungkin membuatkan anda terliur.
 
Antara menu lain yang dijual adalah adalah set Urban Ultimate, Black Bull Rogers, Italiannies Chicken, Classic Arab Tuna, Samurai Samoked Salmon dan beberapa menu minuman yang istimewa.
 
Kebanyakan menu dilimpahi dengan pelbagai jenis keju dan harganya pula sekitar RM7 sehingga RM15, sangat berpatutan!

TERDAPAT DUA CAWANGAN BOLEH DIKUNJUNGI
 
Ini antara sebahagian menu sarapan disediakan.
Untuk anda yang mahu berkunjung ke Pulau Pinang, ini alamat kedai tersebut. Selain roti bakar pelangi, mungkin anda boleh cuba menu yang tular pada tahun lalu iaitu Nasi Lemak Sandwich!

Tak mahu cakap tapi apa yang boleh diperkatakan, memang berbaloi untuk dimuat naik gambar atau video ke media sosial, Instagram!
  • Cawangan 1: No. 22, lebuh melayu, 10100, Georgetown, Pulau Pinang. 
  • Cawangan 2: No. 30, Taman Bayu Mutiara, Jalan Bayu Mutiara 1, 14000, Bukit Mertajam, Penang.

Kedua cawangan ini dibuka bermula jam 8 pagi sehingga 7 petang, setiap hari! Maklumat lanjut anda boleh rujuk Facebook Loaf  U.


 
 
 
Comments