Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dua Kucing Ini Harumkan Malaysia Tewaskan 40 Negara

Pencapaian kucing ini berjaya meraih anugerah di pertandingan Fife World Show 2017 The Netherlands baru-baru ini.

0
comments
Dua Kucing Ini Harumkan Malaysia Tewaskan 40 Negara
Bersaing dengan 1,700 ekor kucing dari 40 negara bukanlah satu perkara yang mudah.
Siapa sangka, dengan hanya membela kucing, anda mungkin dapat mengharumkan nama negara ke persada dunia. Tambah membanggakan kemenangan itu tercapai hasil usaha anda yang selama ini memelihara kucing dengan penuh kasih sayang.
 
Biarpun nampak aneh untuk diperkatakan tetapi itulah cerita yang berlaku pada dua ekor kucing dari Malaysia yang berjaya meraih anugerah di peringat antarabangsa menerusi pertandingan Fife World Show 2017 The Netherlands yang berlangsung di Belanda pada 28 dan 29 Oktober lalu.


BERSAING DENGAN 40 NEGARA
 
'Lihatlah buluku yang menawan ini' mungkin itu yang diperkatakan Miko
Kedua-dua kucing terbabit terdiri daripada baka Main Coon dan seekor lagi jenis baka bulu panjang.
 
Aika Akira Alvaro, berusia 3 tahun mendapat tempat kedua dalam kategori Maine Coon. Pemiliknya, Noraffidah Ramli, 40 berkata, kucingnya itu menawaskan 12 lagi kucing dalam kategori berkenaan. 
 
Seekor lagi kucing iaitu Miko dipelihara oleh Rooaida Mohd Darus, 35, berjaya menjadi juara dalam kategori bulu panjang (jantan) dan tempat kedua dalam kategori rumah bulu panjang.
 
Difahamkan, kedua kucing ini telah pun menjalani sesi saringan yang dilakukan oleh Kelab Kucing Malaysia (KKM).
 
Selepas melakukan saringan dan pemilihan daripada semua aspek, barulah kedua kucing ini dibawa bertanding mewakili negara.
 
Pada pertandingan berkenaan, 1,700 ekor kucing membabitkan 40 negara berhimpun untuk merebut anugerah dalam kategori masing-masing.

RAIH BANYAK ANUGERAH

Apa, menang lagi? - Miko 
Kemenangan dikecapi oleh kedua-dua kucing ini bukanlah yang pertama dalam hidup mereka.
 
Aika misalnya, pernah mengungguli pertandingan di dalam negara termasuk junior separa bulu panjang, terbaik dalam kesempurnaan, separa bulu panjang terbaik, anak kucing terbaik dan terbaik dalam pameran.
 
Malah, anugerah ini sudah dikecapi Aika sejak berusia lapan bulan.
 
Menurut Noraffidah, dia kini mempunyai 40 ekor kucing dan membiak baka Maine Coon dan Ragdolls sejak tahun 2013.  
 
Mengulas kemenangan tersebut, dia tidak menyangka kucingnya itu akan memenangi tempat kedua dalam pertandingan berkenaan.
 
“Memang saya dan suami datang untuk ujian saringan. Tidak sangka pula Aika dapat mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Sementara itu, Rooaidah berkata ia adalah kejayaan Miko paling besar di peringkat antarabangsa.

Berdasarkan rekod, Miko adalah kucing Malaysia yang pertama layak ke pertandingan akhir di pertandingan antarabangsa. Tahniah dan syabas kepada Aika dan Miko!
 
 
Comments