Rojak Daily Logo
Back to top

Liza Hanim, Hazami Atau Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat

Tiga Finalis lain juga mampu buat kejutan.

0
comments
Liza Hanim, Hazami Atau Aishah Juara Gegar Vaganza Musim Keempat
Siapa bakal bergelar juara GV04? (Pic: Aishah Aziz)

Terlalu pantas masa berlalu, akhirnya fasa terakhir Gegar Vaganza 4 (GV4) hadir juga Ahad ini. Atmosfera berganti, bukan lagi di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, tetapi Pinewood Studios di bumi Johor bakal menjadi saksi siapakah antara enam finalis bakal memegang gelaran yang pernah disandang Ayai, Siti Nordiana dan Azharina pada tiga musim sebelum ini.

Jika diukur pada konsistensi dan kedudukan konsert mingguan tiga nama yang mempunyai peluang cerah adalah Liza Hanim, Hazami dan Aishah.

Masing-masing mempunyai kelebihan dan kredibiliti untuk memegang title Juara GV4 berdasarkan persembahan mereka yang memukau dan mencuri hati bukan sahaja dalam kalangan juri tetapi juga netizen serta penonton setia program itu.

Mampukah Liza Hanim memegang takhta?

Liza Hanim misalnya, tiga kali berada di kedudukan pertama konsert mingguan dia memuka ramai menerusi lagu nyanyiannya seperti Lagu Untukmu, Warkah Untukku, Aku Hanya Pendatang  dan Cinta Dirgahayu.

Dia juga antara peserta yang pernah diberikan markah melebihi 80 peratus dalam kedudukan mingguan.

Vokal Aishah digeruni peserta lain.

Aishah juga tidak kurang hebat, membuka konsert pertama dengan markah mencecah 90 peratus Aishah dilihat sebagai penyanyi yang berada pada kelasnya tersendiri.

Dua kali berada dikedudukan pertama, penyanyi yang dianggap legenda ini mencuri perhati di peringkat separuh akhir menerusi lagu River Deep Moutain High dendangan asal Tina Turner membuatkan ramai yang terkesima dan dia membuktikan dirinya bukan penyanyi sembarangan.

Aishah juga tidak kekok kala mendendangkan lagu nyanyian asal penyanyi Haqiem Rusli berjudul Tergantung Sepi tanpa risau key yang perlu dicapai berbanding Haqiem sendiri.

Hazami kaya pelbagai genre.

Hazami turut menjadi antara peserta yang dua kali menjadi juara mingguan dan tampil dengan begitu bersahaja membuat persembahan.

Siapa yang boleh menafikan kemampuan penyanyi ini kala menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael. Versi Hazami bagaikan sudah over shadow penyanyi asal dan memiliki lagu berkenaan.

Jujurnya ramai yang belum boleh move on dengan Jampi oleh Hazami. Tak kurang juga kala dia berduet dengan Azharina menerusi lagu Jangan Pisahkan yang menjadi pujian ramai.

Persembahan Tia jarang dipertikai.

Tidak boleh terlalu objektif membuat penilaian, dua nama lagi iaitu Tia Jinbara dan Firman turut mempunyai magikal dalam memberikan persembahan terbaik dalam misi mencuri markah daripada juri.

Tia misalnya, jarang ditegur juri malah sentiasa tampil humble dengan persembahan bertenaga saban minggu. Meskipun dilihat underdog, vokalis kumpulan Jinbara itu mempunyai pesona tersendiri.

Menjiwai lagu kekuatan Firman.

Begitu juga Firman, yang bijak mengawal pentas selain mempunyai kelainan kala muncul di pentas. Penyanyi dari Indonesia ini juga ada kelebihan dari segi penjiwaan lagu yang disampaikan dan selesa mengemudi pentas setiap kali membuat persembahan.

Lan mampu membuat kejutan.

Lan Solo juga tidak boleh dipandang sepi. Terheret dalam kontroversi pergeseran dengan bekas kumpulannya Kristal serta sakit yang menyapa, penyanyi ini tenang dan sentiasa cool.

Lan diakui antara vokalis yang mempunyai suara jantan dan tenaga hebat setiap kali beraksi, termasuk dalam rangkaian lagu yang bukan dari genrenya.

Peserta akhir Gegar Vaganza.

Apapun, memetik kata-kata juri profesional dan tetap GV4, Datuk Ramli MS penjurian untuk mencari Juara GV4 adalah berdasarkan persembahan mereka pada malam final Ahad nanti.

Beliau berkata, apa yang diperlukan oleh juri daripada setiap peserta ialah persembahan berskala konsert besar dan impak mempesonakan.

“Mereka juga bakal diberikan ganjaran yang lumayan hanya dalam tempoh kira-kira enam minit bekerja di atas pentas, jadi kenapa tidak boleh berikan yang terbaik pada malam konsert akhir nanti,” katanya.

Bercerita mengenai kekuatan finalis, Ramli berkata masing-masing mempunyai kekuatan yang luar biasa sebagai contoh Aishah yang mampu menyanyi apa juga key lagu.

Katanya, Liza Hanim pula mempunyai keupayaan untuk membuatkan lagu orang menjadi lagu miliknya serta Tia Jinbara menyamai kehebatan penyanyi rock lagenda Indonesia Ahmad Albar.

“Semua ada kekuatan masing-masing dan seperti yang saya katakan tadi tiada kompromi untuk mereka lakukan kesilapan.

“Mereka tahu kemampuan mereka dan apa yang perlu dipersembahkan,” katanya.

 
 
Comments