Rojak Daily Logo
Back to top

Lima Babak Paling Awesome Dalam Francais Star Wars

DISNEY STAR WARS | SPONSORED

Peminat-peminat Star Wars mesti tahu babak hebat ini!

0
comments
Lima Babak Paling Awesome Dalam Francais Star Wars
5 babak awesome dalam Star Wars (Pic: Google Image)

Ramai yang sememangnya tidak sabar untuk menonton francais terbaharu filem Star Wars The Last Jedi. Ke mana sahaja anda pergi, peminat-peminat sudah ‘demam’ dan menunggu saat ianya ditayangkan.

Kepada peminat fanatik Star Wars, mereka pastinya ada babak-babak di dalam filem Star Wars sebelum ini yang sentiasa diingati.

Untuk mereka yang masih memikirkan babak-babak paling awesome di dalam francais filem Star Wars, kami senaraikan lima babak antara yang paling diingati.

1. Pembunuhan beramai-ramai oleh Darth Vader (Rogue One)

Mungkin babak yang paling hebat!

Babak pembunuhan beramai-ramai oleh Darth Vader dalam Star Wars: Rogue One mungkin merupakan babak yang paling awesome dan paling diingati. Tujuh orang pemberontak dibunuh sekelip mata dengan menggunakan lightsaber dan kuasa The Force.

2. Princess Leia mencekik Jabba The Hutt (Episode VI: Return of the Jedi)

Kepuasan membalas dendam!

Di dalam episod ini, Jabba The Hutt cuba menjual Princess Leia sebagai hamba abdi. Apabila dapat menonton babak Princess Leia mencekik Jabba The Hutt dengan rantai besi, satu pembalasan yang sangat memuaskan hati.

3. Yoda Menentang Darth Sidious (Episode III)

Perlawanan yang mengagumkan.

Babak yang sangat menarik adalah perlawanan antara Yoda dan Sith Darth Sidious. Masing-masing menunjukkan kekuatan menggunakan lightsaber dan kuasa Force. Mengetahui beliau tidak dapat mengalahkan Sidious, Yoda melarikan diri.

4. Darth Vader Melawan Luke Skywalker (Episode VI)

Perlawanan epik ayah dan anak!

Dalam epik finale trilogi asal Star Wars, Luke berdepan dengan bapanya buat kali terakhir. Apa yang pasti, ianya perlawanan lightsaber yang sangat mengagumkan! Oh, jangan lupa ketika Darth Vader membunuh The Emperor untuk menyelamatkan Luke! Epik!

5. Kylo Ren Hentikan Tembakan Laser (Episode VII)

Aksi luar biasa Kylo Ren.

Pertama kali kita dikenalkan dengan Kylo Ren dan dia menghentikan tembakan laser menggunakan kuasa The Force. Penjahat dalam filem Star Wars era baru dan dia melakukan sesuatu yang luar biasa. Memang babak yang sukar dilupakan!

Ini adalah antara Lima babak hebat yang ada di dalam francais Star Wars. Pastinya ada lebih banyak babak yang anda ingati!

Star Wars The Last Jedi.

Jangan lupa saksikan Star Wars The Last Jedi di pawagam berdekatan anda bermula 14 Disember 2017! Pastinya akan ada babak-babak hebat yang anda akan terus ingati.

 
 
Comments