Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tahukah Anda Wang Berdakwat Seperti Ini Tidak Sah? Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu!

Amaran kewujudan wang kertas berdakwat ini sudah dikeluarkan pihak polis dan bank tempatan.

0
comments
Tahukah Anda Wang Berdakwat Seperti Ini Tidak Sah? Ini Perkara Penting Anda Perlu Tahu!
Jika wang kertas anda berdakwat, bermakna ia mungkin telah dicuri atau dirompak daripada mesin ATM. (Gambar: straitstimes)
Pernahkah anda berdepan dengan situasi yang mana not wang kertas anda dicemari dengan dakwat berwarna?
 
Jika ya, anda mungkin sedang menggunakan wang yang telah dicuri daripada mesin juruwang automatik (ATM)!

Semak kembali dompet anda, jika ada beberapa daripadanya mempunyai warna dakwat seperti dipaparkan, terdapat beberapa perkara perlu anda tahu dan lakukan segera.


WANG BERDAKWAT BERMAKNA IA PERNAH DIROMPAK

Pernah mempunyai wang berdakwat seperti ini
Pada Mei lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan sebuah teknologi dikenali sebagai hakisan dakwat dan ia bertindak dengan mengotorkan wang kertas pada mesin ATM.
 
Tindakan ini dilakukan hanya pada wang kertas di dalam ATM yang cuba dirosakkan atau dirompak. Ini bermakna sekiranya ATM terbabit pernah berdepan dengan kes rompakan, wang di dalamnya akan dikotorkan menggunakan dakwat oleh BNM.
 
Dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan. Sehubungan itu, wang terbabit secara automatiknya tidak sah digunakan dan tidak mempunyai nilai!

Beberapa keping gambar dimuat naik oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) menunjukkan wang kertas tersebut berwarna hijau gelap.
 
AMARAN POLIS DAN BNM


Pada Selasa lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan amaran berhubung penggunaan wang kertas berdakwat berkenaan. Selain PDRM, bank seperti BSN dan juga Maybank turut mengeluarkan amaran sama.
 
Jadi apakah yang perlu anda lakukan jika menerima wang berdakwat?
 
Menurut kenyataan dikeluarkan BSN, anda dinasihatkan supaya tidak menerima wang berdakwat ketika melakukan apa jua transaksi.
 
Sekiranya berlaku, anda perlu membuat laporan polis dan memberikan maklumat berkaitan transaksi berkenaan. Selain itu anda juga boleh segera melaporkan kepada BNM berdasarkan maklumat di bawah.
 
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan): 1300 88 5465

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan bagi Pengunjung)
Kuala Lumpur termasuk cawangan di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu and Kuching
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)

Kuala Terengganu
(Waktu urusan: Ahad - Khamis, 9:00pagi - 5:00petang)

Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
 
 
Comments