Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Kemunculan Bas Futuristik Ini Pasti Buatkan Anda Lebih Seronok Ke Tempat Kerja

Bakal beroperasi bermula tahun depan membabitkan lapan laluan.

0
comments
Kemunculan Bas Futuristik Ini Pasti Buatkan Anda Lebih Seronok Ke Tempat Kerja
Pasti anda akan lebih bersemangat jika bas yang anda naiki seakan hotel sebegini. (Gambar: Dailygeekshow)
Bila kali terakhir anda menaiki bas? Sebulan, setahun atau lebih daripada itu? Ironinya penggunaan pengangkutan bas untuk perjalanan jarak dekat mahupun jarak jauh semakin dilupakan penduduk di Malaysia.
 
Dengan kemunculan pelbagai jenis pengangkutan awam yang lebih canggih dan pantas, jumlah rakyat di negara ini yang menggunakan bas dilihat semakin berkurangan.
 
Faktor lain yang menyumbang kepada pengurangan ini pastinya ketidakselesaan terhadap kebanjiran warga asing yang lebih ramai menggunakan pengangkutan bas saban tahun.
 
Bagaimanapun, kemunculan sebuah bas dengan kabin tidur penuh dengan ciri futuristik ini pastinya bakal mengubah tanggapan anda terhadap pengangkutan bas.

DILENGKAPI 14 TEMPAT TIDUR
 
Gambaran kedudukan penumpang di dalam bas.
Penghasilan bas ini tercetus daripada idea sebuah syarikat tilam iaitu Snoozeliner yang mahu membina bas yang mempunyai kabin tidur yang eksklusif.
 
Jika anda pernah ke China, bas yang mempunyai kabin tidur dianggap biasa dan bukanlah satu perkara yang unik. Namun, penghasilan bas Snoozeliner ini mungkin membawa pengangkutan bas ke tahap lebih tinggi.
 
Difahamkan, bas ini bakal memulakan perkhidmatannya di Manchester, England pada tahun depan dan ia menyasarkan individu yang bekerja dari jarak yang jauh.
 
Penduduk di Manchester berpeluang untuk tidur di dalam kabin yang selesa ketika pergi dan juga pulang ke tempat kerja. Lokasi perjalanan pula haruslah mengambil masa perjalanan lebih dua jam.
 
Terdapat 14 kabin yang dilengkapi port pengecasan USB dan juga WiFi percuma.

SEMBURAN LAVENDER JADI PENEMAN

Bas ini akan mula beroperasi beberapa bulan saja lagi.
Lebih menarik lagi, setiap kabin disediakan tilam yang mana di sekililingnya akan disembur pewangi lavender.  Lavender secara umumnya memang dikenali haruman yang mempu menghasilkan tidur yang berkualiti.

Bas canggih Snoozeliner ini bakal memulakan operasi mereka bermula tahun depan dengan lapan laluan destinasi sebagai permulaan.
 
Dengan segala kelengkapan canggih ini diharapkan bas ini akan memasuki Malaysia sekurang-kurangnya tiga tahun daripada sekarang.
 
Jika tidak, pastinya pengangkutan bas kekal menjadi pilihan kedua atau ketiga oleh penduduk Malaysia.
 
 
 
Comments