Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Baju Kakak Hello Kitty Cetus Fenomena, Bakal Muncul Dalam Klip Video Terbaru!

Busana Hello Kitty wanita ini dibeli individu lain pada harga mencecah puluhan ribu ringgit.

0
comments
Baju Kakak Hello Kitty Cetus Fenomena, Bakal Muncul Dalam Klip Video Terbaru!
Baju ini tular pada sambutan Hari Raya beberapa bulan lalu (Gambar: Facebook Kakak Hello Kitty)
Masih ingatkah anda dengan kakak Hello Kitty yang menjadi tular disebabkan pakaian hari raya dipenuhi corak karekter kartun Hello Kitty?
 
Ya, wanita ini jadi popular beberapa bulan lalu selepas menyarung busana baju kurung dengan corak Hello Kitty sedondon bersama anak perempuannya.
 
Malah, pada awal bulan ini juga wanita terbabit  dikatakan sudah pun menjual kesemua enam koleksi pakaian terbabit dengan harga mencecah puluhan ribu ringgit!
 
BAKAL MUNCUL DALAM KLIP VIDEO

 
Bagaimanapun, tuah dan rezeki individu ini tidak terhenti di situ saja kerana Yus Amina Mohd Zawizah, 27, bersama suami dan anaknya bakal muncul dalam satu klip video terbaru!
 
Lebih dikenali sebagai 'Kakak Hello Kitty', Yus Amina menyatakan dia mendapat tawaran daripada syarikat produksi tempatan sejak Oktober lalu.
 
Menurutnya, klip video berkonsepkan Hello Kitty sepenuhnya itu menggunakan lagu tema kartun terbabit.
 
Yus Amina menjelaskan penggambaran video terbabit sudah pun selesai pada Sabtu lalu yang dijalankan di sekitar Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.
 
“Hampir kesemua ‘props’ berinsipirasikan Hello Kitty kepunyaan peribadi kami turut digunakan dalam video klip itu,” katanya kepada Mstar Online.
 
ENAM KOLEKSI TERJUAL, ENAM LAGI MUNCUL

Baju ini antara yang hangat diperkatakan.

Apa yang menarik mengenai klip video terbaru ini adalah ia juga turut menampilkan enam baju Hello Kitty yang terjual baru-baru ini.
 
Bagi anda yang terlepas mengikuti kisah 'Kakak Hello Kitty' ini, koleksi baju disarung oleh Yus Amina sebenarnya sudah menjadi ‘kegilaan’ ramai sejak ia tular sekitar Jun lalu.
 
Malah, sebelum ini seorang individu bergelar Datuk cuba untuk membeli pakaian terbabit dengan harga puluhan ribu ringgit.
 
Yus Amina yang pada awalnya menolak permintaan terbabit akhirnya membuat keputusan menjual pakaian berkenaan kepada seorang ahli perniagaan.
 
Harganya? Koleksi baju terbabit dijual pada harga RM50,000!

 
Untuk makluman anda juga, terdapat enam lagi koleksi baju Hello Kitty sudah dihasilkan dan ia juga akan turut dipaparkan di dalam video muzik itu nanti.
 
Malangnya kepada anda yang ingin membeli baju terbabit, 'Kakak Hello Kitty' ini masih belum terbuka hati untuk menjualnya.

Anda boleh lihat ‘kegilaan’ wanita ini terhadap Hello Kitty berdasarkan gambar di bawah.

Bilik air dan bilik tidur semuanya dihiasi Hello Kitty
 
 
 
Comments