Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Emma Maembong Bimbang Berlakon Dengan 'Hak' Orang

Berhati-hati agar tiada perasaan yang terguris.

0
comments
Emma Maembong Bimbang Berlakon Dengan 'Hak' Orang
Sentiasa jaga batasan. (Pic: Z.Nadzri)

“Saya takut berlakon dengan suami orang. Walaupun ia adalah lakonan bimbang juga akan mengguris hati isteri mereka, jadi saya mesti berhati-hati dan tahu batas sempadan,” akui Emma Maembong, 25, yang pernah berlakon dengan Hisyam Hamid dalam drama Sayang Papa Saya Tak dan Keith Foo menerusi Jangan Padam Rindu.

Turut rapat dengan 'orang rumah'.

Agar tidak berlaku salah faham dengan isteri mereka, Emma turut berbaik-baik dengan isteri Hisyam iaitu Mel (Rosmawati Hanafi) dan juga ‘orang rumah’ Keith, Kim Raymond.

“Sudahnya, sampai sekarang saya terus rapat dengan Kak Mel dan Kim. Saya lebih suka begitu dan tak pernah terbawa-bawa perasaan dalam lakonan ke luar.

Tidak mahu ada masam muka.

“Saya jumpa Kim, bertanya sama ada dia ok saya berlakon dengan Keith. Bukannya apa, saya mahu segalanya berjalan dengan baik. Tak mahulah balik rumah mereka suami isteri bermasam muka sedangkan kami sama-sama mencari rezeki dalam bidang yang sama,” kata Emma kepada Rojak Daily Kaw!

Dia juga tidak kisah jika pada saat akhir pengarah menukar pelakon lelaki yang akan berpasangan dengannya sebagai suami atau kekasih.

Tukar 'hero' sebab salah faham.

“Saya ok saja, pengarah dan penerbit punya kuasa nak ambil siapa saja untuk drama mereka. Saya buat saya kerja saja,”katanya.

Sepatutnya hero Jangan Padam Rindu adalah Kamal Adli namun selepas berlaku insiden ‘salah faham’ antara Kamal, Zahirah MacWilson dan Emma sendiri, maka pengarah Jangan Padam Rindu meletakkan Keith sebagai pengganti Kamal.

Tidak terbawa dengan emosi.

“Tumpukan pada kerja sendiri kerana siapapun gandingan kita, sama saja. Nama pun kerja, jadi buatlah dengan baik kerana penerbit dan pengarah ibarat majikan, jadi biarlah mereka tentukan apa yang terbaik.

“Saya tiada masalah dengan sesiapa dan tidak terbawa-bawa emosi,” katanya.

 
 
Comments