Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Peminat Teruja Apabila Steven Seagal Singgah Johor

Aktor popular Hollywood itu datang menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

0
comments
Peminat Teruja Apabila Steven Seagal Singgah Johor
Hasil pertemuan selama dua jam antara Sultan Ibrahim dengan aktor popular Hollywood, Steven Seagal tidak didedahkan. (Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Facebook)
Bagi peminat filem Hollywood yang memaparkan genre aksi seni mempertahankan diri pastinya teruja menonton aksi lakonan aktor terkenal, Steven Seagal. 

Tidak kira apa jua filem yang dilakonkannya, gaya lakonan bersahaja ketika dia berlawan dengan musuh dengan aksi aikido memang menghiburkan.

Mungkin anda tidak tahu, sejarah aktor berusia 65 tahun ini pernah menjadi jurulatih aikido di Jepun sebelum berhijrah ke Los Angeles, California untuk menceburi bidang lakonan.

Popular menerusi banyak filem aksi antaranya filem sekuel, Under Siege (1992), The Glimmer Man (1996) dan Fire Down Below (1997), aktor hebat ini turut singgah ke Forest City, Gelang Patah, Johor pada 20 November lalu menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Seagal menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu pertemuan tertutup di Forest City, Gelang Patah.

Menurut status di akaun Facebook, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, pelakon itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua jam dengan Sultan Ibrahim sambil makan tengah hari di Forest City, Gelang Patah. 

Bagaimanapun, perkara lanjut yang dibincangkan tidak diketahui. Status tersebut menerima 4,400 'likes' dan dikongsi sebanyak 380 kali.

Ketangkasan dan gaya bersahaja Seagal dalam lakonan sentiasa menimbulkan keterujaan pada penonton.

Menerusi komen rakyat di dalam status Sultan Ibrahim itu, ramai yang teruja melihat gambar tersebut sambil mengucapkan tahniah atas pertemuan berkenaan.

 
 
 
Comments