Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Rekaan Telefon Pintar Ini Boleh Buat Anda Geleng Kepala!

Lima peranti ini menjadi telefon pintar terburuk yang pernah dihasilkan.

0
comments
Rekaan Telefon Pintar Ini Boleh Buat Anda Geleng Kepala!
Generasi kini mungkin terlepas keseronokan melihat telefon 'super unik' seperti ini. (Gambar: 1gr)
Dalam dunia teknologi, tidak semua yang dilihat indah belaka. Ada produk dihasilkan begitu terperinci dan sempurna tetapi tidak kurang juga yang jauh menyimpang daripada definisi ‘cantik’ di mata pengguna.
 
Mengimbas kembali kira-kira 10 tahun lalu, pelbagai syarikat telefon pintar berlumba-lumba menghasilkan peranti yang unik dan semestinya mahu tampil lain daripada yang lain. Baik Nokia, Motorola mahupun Samsung. (Ketika itu tiada lagi Apple!)
 
Namun, ada di antara peranti yang dihasilkan dilihat ‘tergelincir’ daripada landasan sepatutnya. Bagi generasi baru, anda mungkin terlepas pandang melihat ‘keunikan’ telefon pintar ini.
 
Rojak Daily Skop! senaraikan lima telefon pintar paling buruk dalam sejarah dunia:

 
1. SAMSUNG NPH-N270 MATRIX (2003)

Telefon ini nampak canggih di dalam filem, namun tidak untuk pengunaan biasa. 
Masih ingatkah anda dengan filem The Matrix? Ya, telefon ini diinspirasikan sepenuhnya daripada filem terbabit. Dicipta pada tahun 2003, telefon ini dihasilkan selepas populariti Nokia 8100 yang digunakan dalam filem The Matrix pertama.
 
Kemunculan telefon ini kemudian dipertontonkan menerusi sekuel, The Matrix Reloaded. Ketika itu, penggunaan telefon ‘slide’ ke atas kelihatan sangat hebat dan sungguh futuristik.
 
Anda boleh lihat watak Morpheus menggunakan telefon Samsung ini dalam filem tersebut.
 
Namun, apabila ia cuba dipasarkan untuk pengguna, ia dinilai sangat buruk dan pelik. Mungkin ia hanya sesuai digunakan dalam filem saja.

2. SIEMENS XELIBRI 6 (2003)

Bukan! Ini bukan barang 'make up' tetapi sebuah telefon bimbit.
Tahun 2003 juga nampaknya menyaksikan pelbagai peranti unik dihasilkan dan telefon ‘make-up compact’ ini tidak terkecuali.
 
Jika dlihat pada rekaannya, ia dihasilkan dengan bentuk bulat bagi menampakkan ciri-ciri ‘make-up compact’ selain susunan nombor butang yang agak pelik.
 
Susunan nombor dibahagikan pada kiri dan kanan, pastinya menyukarkan pengguna. Malah, ketiadaan cermin pada tepi skrin telefon ini menjadikan rekaan ‘make-up compact’ ini bukan hanya buruk malah sia-sia.

3. VERTU SIGNATURE COBRA (2006)

Sanggupkah anda beli telefon mahal dengan rekaan sebegini?
Jenama Vertu bukanlah untuk pasaran biasa kerana ia dihasilkan untuk golongan atasan.
 
Namun, tahukah anda di sebalik harga telefon yang serba mahal ini, rekaan Vertu sering kali menimbulkan rasa mual oleh golongan berpendapatan rendah ini.
 
Signature Cobra ini antara peranti Vertu yang terburuk pernah dihasilkan. Kristal ular yang mengelilingi peranti ini kelihatan sungguh janggal, malah kombinasi warna juga nampak tidak serasi.

4. NOKIA 7600 (2003)
 
Rekaan berbentuk daun ini nampak sedikit pelik.
Nokia merupakan ‘raja’ telefon pintar satu ketika dahulu, malah sudah terlalu banyak peranti yang dikeluarkan sepanjang 10 tahun lalu. Ada yang mendapat sambutan, tidak kurang juga yang kecundang.
 
Nokia 7600 antara bukti telefon pelik yang pernah dihasilkan mereka. Dengan saiz yang lebar seperti helaian daun, butang nombor terpaksa dibahagikan pada kiri dan kanan seperti Siemens Xelibri 6. Kedudukan ini pasti menyukarkan pengguna untuk menaip.

5. VIRGIN MOBILE LOBSTER 700TV

Telefon Sado? 
Bahu telefon pintar anda terkehel? Rekaan pada telefon ini sangat pelik memandangkan terdapat benjolan pada kerangka badannya.
 
Bagaimanapun, ia bukanlah hanya rekaan semata-mata kerana terdapat tambahan perkakas diletakkan di situ termasuk DAB Radio dan TV tuner. Memang betul! telefon ini antara yang terawal mempunyai ciri penerimaan radio digital dan tayangan Televisyen.
 
Mungkin disebabkan itu ada pengguna yang boleh menerima rekaan sedemikikan sebaliknya, bagi segelintir ia agak pelik untuk dipakai.
 
 
Comments