Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"The Real Definition Of Pick Yourself Up And Move Forward." - Neelofa

Biarpun terjatuh, Ming Xi tetap kelihatan seperti bidadari.

0
comments
Foto: Twiter E & Instagram @neelofa

Bila terjatuh, bangun, pandang ke depan dan teruskan melangkah”. Ayat itu mungkin sering sahaja anda gunakan bila sedang ditimpa rasa gundah.

 

Namun apa yang berlaku di pentas pertunjukan fesyen Victoria’s Secret semalam, erti jatuh, bangun dan yakin melangkah dapat disaksikan seluruh dunia apabila seorang model Victoria’s Secret yang berasal dari China, Ming Xi terjatuh apabila sedang melangkah memperagakan pakaian dalam jenama mewah itu.

Diadakan di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China, Model berusia 28 tahun itu terjatuh akibat lantai licin berserta kain leret mencecah lantai yang dipakainya. Biarpun tersungkur di atas lantai, Ming Xi tersenyum, bangun lalu memperbetulkan aksesori kepalanya lalu meneruskan langkahnya.

 

Seorang model lain, Gizele Oliveira yang kebetulan berjalan di belakangnya turut membantu Ming Xi untuk bangun dan hadirin memberikan tepukan semangat untuknya.

 

Tambah istimewa apabila pelakon, pengacara dan usahawan popular tanah air, Neelofa turut berada di pertunjukkan fesyen Victoria’s Secret dan menyaksikan sendiri acara pertunjukan fesyen yang paling dinantikan setiap tahun itu. Selaku duta OPPO F5, Neelofa dibawakan khas ke Shanghai oleh OPPO yang turut menjadi rakan telefon pintar rasmi untuk Victoria’s Secret Fashion Show 2017.

 

Duduk tidak jauh dari pentas peragaan, Neelofa berkesempatan merakamkan aksi tersebut di Instagram story dan menulis bahawa itulah maksud sebenar bangun dan melangkah pergi.

Neelofa sempat merakamkan saat Ming Xi terjatuh.

Tidak hanya digunakan saat terjatuh, pada anda yang sedang bersedih atau berdepan dengan dugaan hidup, boleh gunakan pesanan dari Neelofa ini sebagai motivasi diri untuk membantu anda bangkit dan teruskan melangkah. Bravo angels!

 
 
Comments