Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pembayang Mata Disangka Pewarna Jari, Sephora Kerugian RM5,400 Angkara Seorang Kanak-Kanak

Ini bukan cat pewarna nak oi, ini kedai alat solek.

0
comments
Pembayang Mata Disangka Pewarna Jari, Sephora Kerugian RM5,400 Angkara Seorang Kanak-Kanak
Foto: Extraordinary Life Makeup Artistry

Patutlah ada sesetengah jenama yang tidak membenarkan kanak-kanak bawah tujuh tahun masuk ke premis mereka. Kenapa? Sebab tanpa pengawasan ibu bapa, kakak-kanak ini boleh membawa kepada kerosakan barangan sekaligus mengundang kerugian.

 

Baru berlaku di outlet alat solek kegemaran ramai, Sephora, satu rak pembayang mata dari jenama Make Up Forever rosak teruk didakwa kerana kenakalan seorang kanak-kanak yang menganggap pembayang mata tersebut adalah pewarna jari yang boleh dimain.

Habis rosak semua pembayang mata dari jenama Make Up Forever.

Berlaku di Sephora Augusta, Georgia, Amerika Syarikat, Sephora dikhabarkan telah kerugian sebanyak USD 1,300 (RM5,400) kerana terpaksa menggantikan pembayang mata yang telah rosak tersebut kepada yang baru.

 

Jadi kepada ibu yang membawa anak apabila membeli-belah alat solek, awasilah pergerakan anak anda atau disarankan untuk meninggalkan anak anda di luar kedai bersama suami supaya anda boleh nikmati masa bersama alat solek sendirian.

 
 
Comments