Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Jangan Bimbang, Peratusan Kuala Lumpur Dihentam Hanya 0.0000699!

Tular sejak beberapa hari lalu mendakwa serpihan Stesen Angkasa China Tiangong-1 akan menghentam Kuala Lumpur.

0
comments
Jangan Bimbang, Peratusan Kuala Lumpur Dihentam Hanya 0.0000699!
Jika anda berhasrat untuk berpindah disebabkan berita ini, lupakan saja! (Gambar: Space.news)
Sejak beberapa hari lalu negara kita digemparkan dengan laporan mendakwa akan berlakunya hentaman besar daripada serpihan Stesen Angkasa China Tiangong-1 yang hilang kawalan sejak beberapa bulan lalu.
 
Apa yang membimbangkan Stesen Angkasa China Tiangong-1 itu dikatakan bakal terhempas di negara ini dan lokasi utamanya adalah di Kuala Lumpur!
 
Sejak daripada itu pelbagai spekulasi ‘dilemparkan’ di media sosial. Ada yang percaya dan tidak kurang juga yang cepat melatah menyebarkan pelbagai maklumat tidak tepat.

KEBARANGKALIAN SANGAT RENDAH 

Dilancarkan pada 2011, Satelit ini hilang kawalan pada September lalu.
Bagaimanapun hari ini, Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah.
 
Menurut Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad, berdasarkan kiraan ia melibatkan banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia. Kiraan ini dianggarkan seluas kira-kira 347,860,000 kilometer persegi.
 
Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika Syarikat (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara).
 
Mengambil kira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan ini adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699 peratus sahaja.
 
Kebarangkalian untuk Malaysia pula hanyalah 0.09 peratus setelah mengambil kira keluasan keseluruhan seluas 329,960.22 kilometer persegi.
 
Data keluasan ini diperolehi daripada sumber data.gov.my dan Jabatan Penerangan Malaysia.
 
HILANG KAWALAN SEJAK SEPTEMBER 2017

Selain itu, berdasarkan kenyataan pihak China kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Stesen Angkasa China Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera.
 
Atas sebab itu kebarangkalian untuk serpihan ini mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah.
 
Untuk makluman stesen ini telah dilancarkan sebagai prototaip pada September 2011 untuk misi selama lima tahun untuk tugas mengorbit ruang angkasa China sahaja.
 
Stesen Angkasa China Tiangong-1 telah disahkan tidak dapat dikawal dan akan gugur perlahan-lahan dari orbit ke dalam atmosfera Bumi pada separuh kedua 2017.
 
 
Comments