Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Dah Kenyang Boleh Menang Telefon Pintar Atau Dron!

KFC memberi ganjaran pada pelanggan setia mereka menerusi kempen ‘KFC 2 Kaki Lagi best’.

0
comments
Dah Kenyang Boleh Menang Telefon Pintar Atau Dron!
‘KFC 2 Kaki Lagi best’ memberikan tawaran lebih hebat kepada pelanggan mereka menerusi perkhidmatan penghantaran, KFC Delivery. (Gambar: KFC - Facebook)

Memang ramai peminat makanan segera di negara ini. Ada yang ketagih terhadap makanan segera sehingga sanggup menjamahnya berkali-kali dalam seminggu tanpa jemu.

Bagi mereka yang meminati ayam goreng jenama KFC, ini ada berita baik buat anda untuk meraih ganjaran istimewa. Sebagai salah satu inisiatif menghargai sokongan berterusan pelanggan mereka, KFC sekali lagi tampil dengan kempen ‘KFC 2 Kaki Lagi best’.


TEBUS BAUCAR DISKAUN

‘KFC 2 Kaki Lagi best’ memberikan tawaran lebih hebat menerusi dua jenis hidangan yang dipadankan di dalam tiga pilihan kombo masa terhad khusus untuk memberi penjimatan kepada pelanggan yang membuat tempahan melalui KFC Delivery dalam talian.

Menerusi pembelian dalam talian sepanjang tempoh kempen ini berlangsung bermula 11 Oktober lalu sehingga 26 November ini, pelanggan berpeluang menerima ‘Kaki Points’ yang membolehkan mereka menebus baucar diskaun KFC Delivery.

Bukan itu saja, penggemar KFC boleh menyertai bidaan bagi merebut dan membawa pulang pelbagai barangan eksklusif termasuk telefon pintar Samsung Galaxy S8, iPhone 7, DJI Spark Drone, barangan KFC edisi terhad dan banyak lagi.

Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad., Datuk Mohamed Azahari berkata, pihaknya sentiasa peka dengan kehendak pelanggan dan komited untuk memenuhi setiap keperluan mereka.  

“Paling utama adalah memberi ganjaran kepada pelanggan yang setia bersama kami selama ini. Kempen ini merupakan satu landasan baik untuk kami mendekatkan diri serta menghargai mereka. Kerana merekalah kami terus berada di sini,” katanya.

Penggemar KFC boleh menyertai bidaan bagi merebut pelbagai hadiah termasuk telefon pintar Samsung Galaxy S8, iPhone 7, DJI Spark Drone dan barangan KFC edisi terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Restoran, QSR Brands (M) Holdings Berhad, Merrill Pereyra pula berkata, Kombo 'KFC 2 Kaki Lagi Best' dicipta untuk memenuhi kehendak pelanggannya yang selalu menyokong jenama berkenaan.

Tambahnya, melalui kempen seumpama ini, pelanggan dapat menikmati apa yang mereka gemari dengan tawaran harga berpatutan. Pada masa sama, mereka turut berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif atau menebus baucar diskaun.

“Ini adalah sebahagian daripada cara kami memberi pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan dan kami berharap mereka akan merebut peluang yang ditawarkan ini,” katanya.


CARA BUAT BIDAAN

Untuk menyertai bidaan 'KFC 2 Kaki Lagi Best', pelanggan perlu mendaftar akaun KFC Delivery dan membuat pesanan KFC Kaki Kombo atau sebarang hidangan di KFC.com.my untuk menerima ‘Kaki Points’.

Mata berkenaan akan digunakan untuk membida barangan atau menebus baucar diskaun KFC Delivery.

Pelanggan juga boleh menantikan ‘Double Kaki Hour’ dari jam 3 sehingga 6 petang, setiap Isnin sehingga Jumaat untuk mendapatkan dua kali ganda ‘Kaki Points’ supaya dapat membida barangan yang lebih eksklusif.

Bagi menambah lebih keistimewaan dan kejutan di sepanjang tempoh kempen, pelanggan boleh mencari ‘KFC Kaki on Wheels’ yang akan bersiar-siar menaiki basikal di sekitar stesen LRT seperti Masjid Jamek, Ampang Park, Bangsar, Wangsa Maju dan stesen Monorail KL Sentral selain taman rekreasi sekitar Lembah Klang seperti Taman Kepong Metropolitan dan Taman Rimba Kiara serta Taman Tun Dr Ismail.

Untuk peluang memenangi baucar KFC Delivery dan pelbagai barangan menarik lain, anda digalakkan untuk berinteraksi dengan geng ‘Kaki on Wheels’.

Nama pemenang akan diumumkan menerusi laman sesawang KFC.com.my. Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen, sila layari KFC.com.my/2kakilagibest

 
 
Comments