Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kari Kepala Ikan Dalam Claypot Buat Ramai Pengunjung Terliur

Pelbagai jenis ikan ditawarkan kepada pengunjung atau 'kaki' kepala ikan menjadi tarikan istimewa.

0
comments
Kari Kepala Ikan Dalam Claypot Buat Ramai Pengunjung Terliur
Pengemar atau 'kaki' kepala ikan yang mahu mencari kelainan masakan ini, apa kata cuba singgah di Restoran dan Hotel Pen Mutiara, Batu Maung Pulau Pinang. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Sebut sahaja keenakkan kari kepala ikan pasti terbayang kelazatannya yang tiada tandingan. Meskipun, menu istimewa ini lazimnya terdapat di mana-mana kedai mamak tetapi lokasi yang menjadi perhatian ramai pengunjung suatu yang menarik untuk dikongsi bersama pengunjung lain.

Jika pengunjung pergi ke Pulau Pinang, negeri ini juga dikenali sebagai syurga makanan yang mempunyai banyak tempat menjual kari kepala ikan. Menariknya, ia bukan saja menjadi lokasi tumpuan pengunjung tempatan tetapi pelancong asing.

Keenakkan kari kepala ikan Restoran & Hotel PEN Mutiara sentiasa menjadi tumpuan ramai.

MASAKAN ISTIMEWA DALAM SUASANA MEWAH

Bagi pengemar atau 'kaki' kepala ikan yang mahu mencari kelainan masakan ini, apa kata cuba singgah di Restoran dan Hotel Pen Mutiara, Batu Maung Pulau Pinang. Air tangan bonda yang diwarisi sejak turun menurun dengan pengunaan rempah ratus tradisi Melayu menjadi tarikan pengunjung yang datang menikmati juadah di sini.

Pengurus Operasinya, Azuddin Abd Rashid berkata, keistimewaan kari kepala ikan sememangnya mempunyai daya tarikan tradisional yang semula jadi kerana amat berbeza dengan hidangan di restoran nasi kandar yang lain.  

Menurutnya, rahsia masakan juga unik kerana ia dimasak menggunakan periuk claypot yang dimasak terus dari dapur oleh tukang masak. Tempoh penyediaaan antara 15 hingga 20 minit bagi setiap hidangan sama ada makan seorang atau lebih selain menjaga kualiti masakan yang dimasak masih tetap panas.

"Jika dulu kari kepala ikan dimasak menggunakan ikan siakap, merah dan kerapu tetapi untuk menjaga mutu kesegaran ikan segar yang digunakan kami menggunakan ikan merah atas permintaan ramai.

"Setiap hari tidak kurang 250 kilogram ikan merah segar digunakan dan kari kepala ikan akan dimasak mengikut tempahan pelanggan sama ada untuk makan tengah hari, petang atau malam.

"Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan antara RM49 hingga RM120 setiap kuali mengikut jumlah pelanggan dan keenakkan kari kepala ikan di sini menjadi sebutan ramai sejak tahun 2006 lagi.

Pengurus Operasi Restoran dan Hotel PEN Mutiara, Azuddin Abd Rashid menunjukkan hidangan kari kepala ikan istimewa yang disediakan untuk pengunjung.

TUMPUAN PELANCONG

Azuddin menambah, sejak restoran ini dirasmikan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2006, premis ini menjadi tumpuan pelbagai bangsa mahupun pelancong tempatan dan luar negara.

Bagi pengunjung yang datang ke sini, mereka boleh memilih sama ada menjamah juadah istimewa itu dengan bersahaja atau dimakan bersama nasi putih dan hidangan tambahan lain seperti sayur.

Sebagai satu kemudahan, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan tempahan bilik penginapan,mesyuarat atau seminar serta majlis perkahwinan, pertunangan dan sebagainya.      

Bagi mereka yang berminat untuk tempahan boleh menghubungi 04-6264615 atau 04-6264888 dan waktu operasi bermula dari jam 11 pagi sehingga 10.30 malam pada setiap hari.
 
 
Comments



Back to top