Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Mimpi Ngeri Rakyat Selangor Nyaris Berulang 

Satu kemalangan menghampiri Sungai Selangor dibimbangi menjejaskan sumber air ke kawasan loji.

0
comments
Mimpi Ngeri Rakyat Selangor Nyaris Berulang 
Isu air masih menjadi masalah besar pada penduduk di Selangor yang sering mengalami kekurangan bekalan air pada sesuatu masa. (Gambar: Kosmo!)
Jutaan penduduk Selangor nyaris dilanda krisis bekalan air apabila sebuah sebuah lori minyak soya dan sebuah lori kontena terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 429.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pada pukul 2.42 pagi, pada 10 Ogos lalu. 

Dalam kejadian tersebut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang menerima laporan daripada Unit Pengurusan Bencana dan Pejabat Daerah/Tanah Gombak bertindak pantas mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya. 

Ia kerana minyak yang tumpah daripada lori minyak soya tersebut di lokasi kejadian boleh mengalir masuk ke Sungai Guntong dan seterusnya merebak ke Sungai Sembah sebelum masuk ke Sungai Selangor yang terletaknya loji-loji pembersihan air (LPA) utama di negeri itu 


LUAS PASANG PENYERAP MINYAK 

Antara tindakan pantas yang dilakukan LUAS bagi mengelakkan pencemaran sumber bekalan air Selangor itu adalah dengan memasang 'oil-boom' dan penyerap minyak di lokasi kejadian. 

LUAS turut melakukan proses penyedutan minyak bagi mengawal aliran minyak daripada masuk ke Sungai Guntong. 

Insiden itu  sekiranya tidak dikawal akan mengakibatkan henti tugas LPA utama dan menjejaskan bekalan air bersih ke kawasan Lembah Klang, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam sehingga ke Kuala Langat. 

LUAS memaklumkan, sehingga pukul 10 pagi pada hari kejadian, tiada kesan minyak dikesan masuk ke dalam Sungai Guntong dan keadaan di lokasi adalah terkawal sementara kerja-kerja pembersihan giat dilakukan. 


KRISIS AIR SELANGOR 

Selangor pernah berhadapan dengan beberapa krisis bekalan air sejak beberapa tahun lalu termasuk sewaktu Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup akibat sungai di negeri itu tercemar pada Oktober tahun lalu. 

Pencemaran bau air sungai itu didakwa berpunca daripada kawasan perindustrian Nilai, Negeri Sembilan. Kawasan terjejas adalah daerah Hulu Langat membabitkan Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Semenyih dan Rinching; daerah Kuala Langat iaitu Morib, Banting, Bandar Saujana Putra, Bandar Rimbayu dan Telok Panglima Garang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika itu pula mendakwa pencemaran itu berunsurkan sabotaj keatas kerajaan Selangor.
 
 
Comments



Back to top