Rojak Daily Logo
Back to top

Penangan Jatuh Cinta Buatkan Aqila Sanggup Guna Duit Lebihan Belajar

Gadis berusia 26 tahun ini melakukan keputusan yang bijak untuk masa depan.

0
comments
Penangan Jatuh Cinta Buatkan Aqila Sanggup Guna Duit Lebihan Belajar
Pada usia muda, Aqila percaya pelaburan emas bukan hanya untuk masa depan tetapi dapat digunakan sebagai tabung kecemasan. (Gambar: Aqila Ali Redza)
Golongan muda ketika ini ramai yang terlalu ghairah mahu tampil dengan gaya hidup mewah kerana mengikuti perkembangan gaya hidup masa kini. Bak kata pepatah, 'ukur baju di badan sendiri', ada baiknya anak muda lebih fokus dalam berjimat dan menumpukan pelaburan pada peringkat awal.

Bagi Aqila Ali Redza, 26, dia memilih emas sebagai pelaburan dan aset simpanan pada masa hadapan. Dibandingkan dengan gadis seusianya, ramai yang memilih untuk membelanjakan wang gaji yang diterima untuk kelengkapan diri seperti pakaian dan aksesori.


AKHIRNYA JATUH CINTA 

Memang jika diikutkan emas dan wanita tidak dapat dipisahkan. Bagaimanapun, Aqila mengakui dia jatuh cinta dengan pelaburan emas sejak dua tahun lalu.

"Duit untuk permulaan beli dinar, saya beli dengan duit lebihan pinjaman masa belajar dulu dan menggunakan simpanan enam bulan daripada pendapatan ketika saya bekerja selepas itu. 

"Begitu juga, berkat dorongan bapa saya sendiri yang banyak berkongsi tentang kewangan, ekonomi dan pelaburan emas menjadikan saya begitu bersemangat untuk mula menyimpan emas," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Tambahnya, dia yakin memilih pelaburan emas selepas menghadiri seminar pelaburan itu buat kali pertama di cawangan Public Gold di Kajang dan mempelajari asas penyimpanan emas dan seterusnya membuat belian pertama 1 Dinar pada masa itu. 


KELEBIHAN SIMPANAN EMAS

Akuinya, simpanan emas adalah harta kekayaan sebenar kerana ia terletak ditangan pelabur sendiri untuk menguruskannya. Malah, pelaburan ini tidak terjejas sama sekali apabila berlaku turun naik harga emas mahupun nilai matawang jatuh.

Tambahnya, simpanan emas amat menguntungkan kerana ia mampu mengelak kebocoran duit ketika berbelanja dan juga mampu menjadi tabung kecemasan, digunakan untuk tabung haji dan umrah serta tabung melancong ke destinasi impian.

"Saya merupakan orang yang 'zero' mengenai emas tetapi bermula dengan pembelian 1 dinar emas, secara automatik saya terus mempelajari ilmu emas dan menjadikannya sebagai simpanan dan saya mahu berkongsi manfaat ini dengan orang sekeliling.

"Alhamdulillah sejak saya beli emas bukan untuk dijual pada keesokkan harinya tetapi untuk simpanan akan datang kerana simpanan emas adalah untuk dilupakan bukan untuk diingat-ingat kerana harga emas sentiasa meningkat dan tidak pernah jatuh sebenarnya," katanya.

Aqila sanggup menggunakan duit lebihan pinjaman masa belajar dan simpanan 6 bulan pendapatan ketika bekerja untuk membeli dinar emas pertama.

SIMPAN EMAS UNTUK BERKAHWIN

 Aqila berkata, sebagai anak muda impak positif dalam simpanan emas adalah ia sentiasa meningkat dan bertambah dari bulan ke bulan berikutnya. Malah, sistem kewangan diri akan menjadi semakin teratur dan dapat digunakan untuk membeli aset lain seperti tanah dan rumah.

"Saya bersyukur sangat kerana simpanan emas juga boleh digunakan sebagai simpanan untuk mendirikan rumah tangga dengan wujudnya tabungan satu dinar satu bulan dan Insha Allah dengan adanya displin dan komitmen diri ia pasti berjaya.

"Bagi yang kaki melancong, ia juga boleh dijadikan tabung kerana emas berfungsi sebagai duit antarabangsa dan diterima di semua negara di seluruh dunia.

"Sebenarnya daya penarik emas Public Gold adalah terletak pada produk emas termasuk yang terbaru, Aurora Italia yang kini menjadi sebutan ramai kerana selain bar emas, ia adalah pelengkap perhiasan diri wanita yang sebenar," katanya.

Tambahnya, simpanan emas tidak merugikan kerana senang beli dan jual. Jika terdesak, emas adalah paling senang dijual dan semua orang suka emas apatah lagi produk Public Gold bebas GST serta patuh syariah.

"Sebagai orang muda minda diri perlu diubah dan usah taksub mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya menjadikan simpanan emas sebagai aset masa depan. Malah, emas tidak menjanjikan kita kaya serta merta tetapi kita tidak akan miskin.

"Simpanan emas juga memberi tuah kepada saya apabila dilantik menjadi speaker Public Gold dan Master Dealer Public Gold sejak 2015 dan kejayaan itu juga melayakkan saya ke Program Insentif Jualan (SIP) secara percuma ke Turki.

"Saya juga dianugerahkan Anugerah Dealer Termuda menerusi Million Dollar Award For Financial Year 2016 pada usia 25 tahun dan ia cukup berbaloi kerana menyimpan emas banyak faedah dapat dimiliki," katanya sambil menyatakan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan emas boleh berhubung dengannya menerusi www.publicgoldbangi.com atau Facebook - Aqila Ali Redza atau Instagram - qilaredza.
 
 
Comments