Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pemilik Kapal Pukat Tunda Diculik, Dua Rompakan Berlaku

Dua rompakan berlaku dipercayai dilakukan kumpulan penjenayah sama.

0
comments
Pemilik Kapal Pukat Tunda Diculik, Dua Rompakan Berlaku
Kawasan berhampiran Pulau Gaya, Semporna, Sabah menjadi lokasi kejadian pertama serangan penjenayah bersenjata. (Gambar: flickr)
Seorang pemilik kapal pukat tunda warga tempatan diculik manakala anak kapalnya dirompak sekumpulan penjenayah bersenjata di kawasan berhampiran Pulau Gaya, Semporna, Sabah, malam tadi.

Kumpulan penjenayah itu juga melakukan satu lagi rompakan ke atas sebuah kapal nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu. Kedua lokasi kejadian mempunyai jarak 5 batu nautika dan 30 minit masa perjalanan dengan bot laju.

Pihak polis Sabah menyatakan, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 9.30 malam membabitkan pemilik kapal  itu bersama 26 anak kapal sedang menangkap ikan. Namun, siasatan awal mendapati 25 anak kapal itu bukan warganegara Malaysia dan seorang adalah rakyat tempatan.

Kejadian kedua pula membabitkan 19 anak kapal nelayan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan berlaku jam 10.05 malam. Siasatan awal polis menyatakan kumpulan penjenayah di lokasi kedua kejadian adalah suspek sama yang menculik pemilik kapal tunda tersebut. 

Laporan Bernama menyatakan kedua kapal itu beroperasi dalam kawasan arahan perintah berkurung dan tidak mempunyai permit pengecualian perintah berkurung daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing. Malah, kapal itu juga tiada sistem pengesanan Sistem Identiti Automatik (AIS) dan sebarang alat komunikasi yang disarankan pihak berkuasa.
 
 
Comments



Back to top