Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pelajar Malaysia Hilang Di Paris

Penuntut Institute University of Technology Rouen itu hilang sejak Jumaat lalu.

0
comments
Pelajar Malaysia Hilang Di Paris
Rakan pelajar hilang itu hanya menemui telefon bimbit di dalam rumah sewa mereka. (Gambar: Berita Harian)
Seorang pelajar Malaysia, Norsakinah Naim yang menuntut di sebuah universiti di Paris, Perancis dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sewanya sejak Jumaat lalu.

Kehilangan pelajar Institute University of Technology (IUT) Rouen itu disedari rakannya selepas menemui telefon bimbit pelajar itu di rumah mereka. Kedutaan Malaysia disana sudah menerima laporan kehilangan pelajar berusia 19 tahun itu selepas dia gagal dikesan.

Keluarga pelajar itu yang terkejut dengan kehilangan Norsakinah sebaik dimaklumkan Kedutaan Malaysia dari sana mengakui pelajar itu tidak menghubungi mereka sejak tiga hari lalu.

Laporan Berita Harian menyatakan Norsakinah adalah pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikuti pengajian Kejuruteraan Kimia di sana sejak setahun lalu. Dia juga bekas pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekula di Tikam Batu, Kedah yang pernah mendapat keputusan 10A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun lalu.
 
 
Comments