Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Gesa Uber, GrabCar Diharamkan

300 persatuan teksi hantar memorandum pada Perdana Menteri.

0
comments
Gesa Uber, GrabCar Diharamkan
Persatuan teksi ini juga mendakwa pemilik aplikasi Uber dan GrabCar menyediakan kemudahan tersebut pada kenderaan persendirian dan pemandu tidak sah. (Gambar: nst, vulcanpost.my dan poskod.my)
Pengangkutan awam alternatif yang menggunakan applikasi di telefon bimbit, Uber dan GrabCar terus dikecam pemandu teksi yang mendakwa pendapatan mereka terjejas sejak kedua perkhidmatan baru itu beroperasi.

Meskipun ramai pengguna menyatakan komen selesa menggunakan perkhidmatan Uber mahupun GrabCar kerana lebih mudah diperolehi, selesa dan percaya pada caj yang dikenakan tidak menipu pengguna, pemandu teksi masih mendesak pihak kerajaan untuk campur tangan.

Apa yang menarik perhatian pengguna, pemandu Uber mahupun GrabCar terdiri daripada pelbagai latar
belakang termasuk golongan profesional yang bekerja secara sambilan untuk menambah pendapatan dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Perkembangan terbaru, sebanyak 300 persatuan teksi dari seluruh negara menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar kedua perkhidmatan ini diharamkan.

Apa yang disuarakan mereka adalah kerajaan perlu bertindak tegas terhadap kedua perkhidmatan yang didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. 

Persatuan teksi ini juga mendakwa pemilik aplikasi Uber dan GrabCar menyediakan kemudahan tersebut pada kenderaan persendirian dan pemandu tidak sah. Malah, pemandu teksi ini mengakui mereka berdepan masalah pendapatan sehingga 65%, seperti dilaporkan Utusan Online.
 
 
Comments