Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pemandu Lori Didakwa Lima Pertuduhan Sokong Daish

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan menerusi laman sosial.

0
comments
Pemandu Lori Didakwa Lima Pertuduhan Sokong Daish
Tertuduh juga didakwa memiliki gambar dan video berunsur perbuatan keganasan yang mempunyai kaitan dengan Daish. (Foto: Harian Metro dan unewstv)
Seorang pemandu lori berusia 20 tahun berdepan lima pertuduhan melakukan kesalahan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish menerusi Facebook untuk pertuduhan pertama manakala kedua menggunakan aplikasi Telegram.

Dia didakwa menerima arahan seseorang untuk melakukan perbuatan pengganas menggunakan bom tangan, sepucuk pistol dan 24 butir peluru. Dalam pertuduhan ketiga pula, dia dituduh melakukan kesalahan menggunakan keahlian dalam kumpulan pengganas menerusi aplikasi WhatsApp.

Tertuduh juga didakwa memiliki gambar dan video berunsur perbuatan keganasan yang mempunyai kaitan dengan Daish serta dengan niat melakukan perbuatan pengganas di aplikasi WeChat.

Dalam laporan Harian Metro, menyatakan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan Mahkamah Majistret Sepang menetapkan 26 Oktober sebagai sebutan kes.


 
 
 
Comments



Back to top