Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Felda Diiktiraf Badan Pembangunan Tanah Paling Berjaya Dunia

Negara luar tidak mampu berani dan membangunkan Felda sehingga berjaya.

0
comments
Felda Diiktiraf Badan Pembangunan Tanah Paling Berjaya Dunia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap bersama memberi sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya dan dapat lebih banyak keselesaan. (Gambar: feldavoice, Bernama dan wikipedia.org)
Kerajaan di negara luar tidak mampu melaksanakan modul pembangunan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein sejak 60 tahun lalu.

Ini terbukti apabila Felda diiktiraf sebagai badan pembangunan tanah paling berjaya di dunia yang tidak dapat disaingi negara lain. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, meskipun ketua kerajaan negara luar dibawa melawat ke tanah rancangan Felda dan dibantu tetapi projek mereka tidak menjadi kerana mereka tidak mampu seperti Malaysia yang berani dan membangunkan Felda sehingga berjaya dikenali ke peringkat antarabangsa.

Beliau juga di sebalik mewarisi legasi bapanya, menyatakan belum puas hati dan sentiasa berusaha melakukan banyak penambahbaikan terhadap Felda.

"Saya nak lepaskan Felda cukup susah, patut saya tidak pegang Felda, tetapi kerana Felda telah sebati dengan saya dan keluarga, maka saya tetap bersama-sama untuk beri sokongan dan bantuan supaya Felda akan terus berjaya, dapat lebih banyak keselesaan," katanya seperti dilaporkan Bernama.
 
 
Comments