Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Konflik Syria Perlu Ditamatkan

Malaysia menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap Syria.

0
comments
Konflik Syria Perlu Ditamatkan
Dr Ahmad Zahid menyatakan Majlis Keselamatan PBB perlu mengekalkan ketegasan dan berusaha mencapai perpaduan. (Gambar: Bernama dan wikipedia.org)
Konflik di Syria perlu diselesaikan selepas lima tahun berlalu yang mencetuskan krisis kemanusiaan secara besar-besaran.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang bertelagah di Syria seolah sengaja mengenepikan semua alasan dan sifat kemanusiaan sehingga ramai yang menjadi mangsa khususnya kanak-kanak.

Tambahnya, Majlis Keselamatan perlu mengekalkan ketegasan dan berusaha mencapai perpaduan dalam tindakannya dengan melaksanakan tanggungjawab secara efektif.

Dr Ahmad Zahid yang berucap pada Mesyuarat Peringat Tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat turut menekankan Majlis Keselamatan tidak boleh diketepikan dalam menangani isu di Syria apatah lagi menggalas peranan penting.

Katanya, sokongan Malaysia dalam pelaksanaan keputusan mengenai Syria adalah tidak berbelah bagi khususnya dalam menamatkan keganasan dan situasi kemanusiaan. 

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam yang tidak bersenjata dan pekerja kemanusiaan dalam insiden itu, yang sekali lagi secara terang-terang melanggar undang-undang antarabangsa yang menggambarkan pihak terbabit langsung tidak menghormati nilai-nilai kemanusiaan," katanya seperti dilaporkan Bernama. 
 
 
Comments