Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Rupanya 1.2 Juta Tiada Lesen Memandu

JPJ mengadakan kempen meningkatkan kesedaran masyarakat mempunyai lesen memandu yang sah.

0
comments
Rupanya 1.2 Juta Tiada Lesen Memandu
Seramai 1.2 juta rakyat negara ini tidak mempunyai lesen meskipun mereka layak mendapatkannya. (Gambar: Harian Metro dan mynewshub)
Kes membabitkan pemandu kenderaan tidak mempunyai lesen memandu di negara ini sudah banyak kali berlaku sehingga didakwa di mahkamah dan ada yang mengundang maut.

Sama ada faktor tiada kesedaran untuk mempunyai lesen memandu atau sengaja bersikap cuai di atas jalan raya, perkara seperti ini perlu diberi perhatian lebih serius di peringkat pihak penguatkuasa dan masyarakat.

Apa yang membimbangkan, maklumat terkini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyatakan seramai 1.2 juta rakyat negara ini tidak mempunyai lesen meskipun mereka layak mendapatkannya.

Sebagai salah satu jalan penyelesaian, JPJ mengadakan kempen meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mempunyai lesen memandu kenderaan yang sah dan memperolehinya.

Namun, daripada jumlah itu JPJ tidak dapat pastikan golongan ini tidak mempunyai lesen atas faktor tidak mahu memandu, tidak memiliki kenderaan atau bergantung pada pengangkutan awam, seperti dilaporkan Harian Metro.



 
 
 
Comments