Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Cecair Otak Keluar Beri Semangat Capai Impian

Dr Mohd Lufti Fadil Lokman dipilih sebagai Pemimpin Muda PBB.

0
comments
Cecair Otak Keluar Beri Semangat Capai Impian
Dr Mohd Lufti mempunyai impian menubuhkan persatuan sukarela yang memberi fokus pada sistem penjagaan kesihatan. (Gambar: United Nations - UN)
Pengalaman berdepan kesakitan apabila cecair otak keluar dari salah satu telinga sehingga gendang telinganya menjadi rosak dan beliau hilang keseimbangan serta keupayaan berjalan memberi semangat padanya meneruskan impian berbakti pada masyarakat.

Pengalaman itu dikongsi Dr Mohd Lufti Fadil Lokman yang mengharumkan nama negara apabila dipilih Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai Pemimpin Muda dalam Matlamat Pembangunan Lestari, baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berjanji pada Tuhan ketika itu, sekiranya disembuhkan penyakitnya beliau mahu meneruskan impian membantu masyarakat dalam sistem penjagaan kesihatan yang lebih baik.

Dr Mohd Lufti berkata kepada Bernama, beliau berasa sangat bertuah dan bangga dengan pemilihan PBB itu yang memberi makna tanggungjawab lebih besar digalas untuk melaksanakan 17 aktiviti berkaitan.

Tambahnya, beliau mempunyai impian menubuhkan persatuan sukarela yang memberi fokus pada sistem penjagaan kesihatan. Sebelum ini, beliau adalah pengasas projek Hospital Merentasi Sempadan yang menjadi lokasi klinik dan hospital yang mampu menampung serta memperkasa komuniti di sesuatu kawasan.

 
 
 
Comments