Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lima Suspek Letupan Disoal Siasat

Seorang lelaki berada di dua lokasi kejadian di Manhattan dan New Jersey.

0
comments
Lima Suspek Letupan Disoal Siasat
Polis menyiasat kemungkinan dua letupan yang berlaku di New York dan New Jersey mempunyai kaitan dengan suspek yang sama. (Gambar: AP)
Lima individu disoal siasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) susulan insiden letupan bom di kawasan kejiranan Chelsea, Manhattan, semalam.

Dalam laporan ABC News, pihak polis masih mencari suspek lain dalam siasatan kes berkenaan. Polis juga
menyiasat kemungkinan dua letupan yang berlaku di New York dan New Jersey mempunyai kaitan dengan suspek yang sama.

Dalam rakaman kamera di tempat kejadian menunjukkan seorang lelaki yang sama berada di kedua lokasi
kejadian iaitu di 23rd Street dan 27th Street. Namun, polis masih belum mengenalpasti identiti lelaki tersebut.

Bahan letupan di New Jersey dan New York dipercayai diprogramkan menerusi telefon bimbit. Pegawai penyiasat memberitahu meskipun kedua letupan mempunyai persamaan tetapi tidak bermakna bahan letupan yang digunakan adalah sama.

Kejadian letupan di New Jersey menggunakan bom paip manakala tidak sebaliknya di New York. Datuk Bandar New York, Bill de Blasio dalam satu sidang media menyatakan tiada bukti spesifik mengaitkan kejadian letupan di kawasan kejiranan Chelsea dengan letupan di Seaside Park, New Jersey sebelum itu.

"Kita tahu berlaku letupan dan kita perlu lebih berhati-hati dan bersabar untuk mengetahui kebenarannya," katanya.
 
 
 
Comments



Back to top