Rojak Daily Logo

Ayda Jebat Wajah Raya H&M

0
comments
Ayda Jebat Wajah Raya H&M

Dua minggu lagi  menjelang lebaran, H&M telah berkolaborasi dengan penyanyi dan pelakon popular Ayda Jebat untuk menerajui kempen raya. Gaya yang dipilih oleh Ayda Jebat adalah daripada koleksi fesyen terbaru H&M dan telah bermula di H&M bermula 16 Jun.

Gambar: H&M

Koleksi yang menampilkan variasi pakaian seperti skirt berbunga, blaus labuh dan aksesori berwarna-warni yang ceria bukan sahaja untuk suasana hari raya dan majlis rumah terbuka malah boleh dipakai pada bila-bila masa sahaja.

Gambar: H&M

H&M ternyata teruja untuk berganding tenaga dengan Ayda Jebat untuk koleksi raya mereka. Dengan personalitinya yang ceria, citarasa fesyen yang unik dan pengikut yang begitu ramai, Ayda Jebat adalah calon yang sesuai untuk membawa nama H&M dan bereksperimen dengan koleksi terbaharu jenama ini.

 

Gambar: H&M

Bagi Ayda Jebat sendiri yang merupakan penggemar jenama H&M, dia cukup berbangga dipilih untuk bekerjasama dengan jenama ini. Dengan adanya koleksi yang feminin, ia memudahkan sesiapa sahaja untuk suai padan pakaian mereka untuk dipakai pada Aidilfitri nanti. 

 
 
Comments